Memaparkan catatan dengan label KAUNSELING. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KAUNSELING. Papar semua catatan

Khamis, 31 Oktober 2013

BERUBAHLAH

Dunia tak perlu berubah yang perlu berubah itu cara kita memandang dunia

Kalau kita inginkan perubahan kepada dunia luaran kita, kita kenalah ubah dunia dalaman kita. Ubahlah cara kita memandang dan menilai dunia maka berubah lah dunia luaran kita. Bila kita mengubah sangkaan / persepsi kita terhadap dunia maka dunia luaran akan turut ikut berubah. Pandangan kita sentiasa dikuasai oleh ilmu kita yang mendasari penilaian kita terhadap dunia dan kehidupan kita. Ilmu baru yang kita pelajari tetapi yang masih mengekalkan cara pandangan dan penilaian lama tidak mampu mengubah kita. Ilmu baru kadang-kadang dapat mengubah persepsi kita terhadap kehidupan dalam sekelip mata, maka dalam sekelip kita berubah jadi insan baru. Untuk berubah kita WAJIB cari ilmu baru, suasana sekeliling baru, tempat baru, teman baru, idea baru, guru baru dan software (perisian) baru bagi menjana corak pemikiran baru.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

KEKAL BAHAGIA

Petua untuk ibubapa kekal damai & bahagia

Untuk kekal damai dan bahagia kita mesti berhenti merungut (stop complaining) tentang tingkah laku orang lain, keadaan atau peristiwa atau apa sahaja yang membuat kita rasa tidak gembira, dukacita atau murung. Selalu kita dengar ibubapa merungut tentang tingkah laku anak-anak, tentang pasangan, tentang pelajaran anak-anak, tentang belanja yang tidak pernah cukup, tentang kerjaya, tentang kereta, tentang diri sendiri, tentang keluarga. 

Apa yang pasti, tiada sesiapa yang boleh membuat kita rasa tidak gembira, tiada keadaan yang boleh menyebabkan kita berduka atau rasa teruk melainkan diri kita sendiri yang membenarkan ia berlaku kepada diri kita. Secara mutlak kita tidak dapat mengawal semua keadaan yang di luar dari diri kita sendiri, tapi kita yang mengawal bagaimana emosi dan reaksi kita terhadap keadaan tersebut. 

Sentiasa tanamkan sifat ikhlas, tenang, berfikiran positif dan cuba elakkan prasangka negatif. Perhatikan emosi dan reaksi kita setiap masa, itu adalah langkah penting kepada kawalan kendiri yang berkesan.

Bila kita berhenti merungut bukan bermaksud kita berhenti mengambil berat tentang apa yang menjadi tanggungjawab kita. Kita masih melakukan tanggungjawab yang sama cuma dalam keadaan minda yang lebih ikhlas, positif, lebih ceria dan gembira.

"Seorang yang kukuh keyakinannya kepada Allah tidak sekali merungut atas tingkah laku orang lain" - Moinuddin Chishty (R.A.)

APABILA AMANAH DIMUNGKIRI

27 hb. 07.2007 bercadang untuk penambahan ruangan dapur dan pemindahan kabinet . Telah memilih kontraktor yang salah agaknya. Apabila wang pendahuluan diberikan, pembinaan hanya separuh jalan aje. Sekarang hampir sebulan lebih masih belum sambung kerja-kerja pembinaan. Pelbagai alasan diberi. Hari ini tepat sebulan 5 hari.,apabila dihubungi terus mematikan telefonnya. Manusia hanya merancang Allah yang menentukan.Apakan daya dalam dunia yang global ini terdapat pelbagai ragam manusia. Hendak salahkan siapa ? Itulah dikatakan manusia . Di dunia akan terlepas penipuan dan pembohongan tetapi di akhirat akan mendapat balasan juga. Iktibar ini perlu dimuhasabah sendiri , Allah tetap akan menguji hambanya selagi mana hamba itu memikirkan tentang kekuasaan Allah. Manusia yang kerdil banyak tipu daya sama juga seperti syaitan laknatullah. Tetapi kesabaran seseorang itu membuat dirinya gelisah dan tidak tenang. Bagaimana penyudahnya wallahhualam ,buat masa sekarang masih lagi berfikir tentang anehnya perangai manusia, pandai berlakon dan bersandiwara, akhirnya sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ketanah. Sepandai-pandai manusia ada juga kepincangannya. Tak ada siapa yang kita boleh buat pengaduan hanyalah pada Yang Maha Esa. Semoga Allah akan melembutkan hatinya untuk meneruskan usahanya yang tergendala dan menginsafi perlakuannya.

RENUNGAN

Sama ada berpunca dari suami atau isteri, mengapakah perbalahan tercetus? 

Puncanya apabila kita, belum lagi cukup melabur dalam 'bank emosi' pasangan kita. Kita sibuk melabur dalam 'bank fizikal' mereka dgn membelikan pelbagai hadiah, sedangkan kita kurang melakukan pelaburan di 'bank emosi' dengan senyuman, kata2 menghargai dan sikap membantu. Akhirnya apabila ada hati terguris, janji yg dimungkiri dan perbuatan yg menyakitkan hati, mudah pasangan kita marah dan merajuk. 

Muhasabahlah diri, kalau pasangan kita marah dan merajuk. Adakah cukup pelaburan dalam 'bank emosi' pasangan kita selama ini ? Banyakkan senyuman, memberikan bantuan dan kata penghargaan..

http://drzubaidi.com/blog

RENUNGAN

Sama ada berpunca dari suami atau isteri, mengapakah perbalahan tercetus? 

Puncanya apabila kita, belum lagi cukup melabur dalam 'bank emosi' pasangan kita. Kita sibuk melabur dalam 'bank fizikal' mereka dgn membelikan pelbagai hadiah, sedangkan kita kurang melakukan pelaburan di 'bank emosi' dengan senyuman, kata2 menghargai dan sikap membantu. Akhirnya apabila ada hati terguris, janji yg dimungkiri dan perbuatan yg menyakitkan hati, mudah pasangan kita marah dan merajuk. 

Muhasabahlah diri, kalau pasangan kita marah dan merajuk. Adakah cukup pelaburan dalam 'bank emosi' pasangan kita selama ini ? Banyakkan senyuman, memberikan bantuan dan kata penghargaan..

http://drzubaidi.com/blog

RENUNGAN

NOTA KAUNSELING

Ramai suami tidak menyedari bahawa isteri bukan saja memerlukan "nafkah emosi", bukan setakat perkongsian wang ringgit dan fizikal.

Bayangkan jika kita biarkan jiwa isteri kita lapar dgn kasih sayang dan kata2 yg manis dari suami, dari siapakah dia akan mendapatkannya? 

" wanita yang lapar" akan mudah layu pada pujukan dan pujian dari mana-mana lelaki. Jangan terlalu menyalahkan isteri jika ini berlaku.


http://drzubaidi.com/blog

Jumaat, 14 November 2008

TAKTIK TERBARU UNTUK MENCURI KERETA-EMAIL DRP KAK SHAM JLN 6

BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA
-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... .. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.__._,_.___

Khamis, 16 Oktober 2008

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR 13 OKT- 17 OKT 2008

Semoga semua anak didik dapat menjawab dengan baik dan berjaya dengan cemerlang.
Selamat berjuang dan berdoalah untuk kejayaan.

Sabtu, 11 Oktober 2008

TAKTIK ROMPAKAN DILEBUHRAYA

Taktik Rompakan Di Lebuhraya Guna Telur Ayam!Dilulus terbit pada Sunday, March 02 @ 21:20:57 MYT oleh SongkokPutih
Oleh xx2
Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau di mana kita berada. Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam. Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan malam di rumah adiknya di Bandar Sunway. Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan. Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya, telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas cermin tu dengan sebati dan sekata lagi… Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta. Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3 orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset. Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa, aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara. 3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi isyaratnya… Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan telur pecah jer tak sempat nak lap lagi. Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya. Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak anak kecil kat belakang. Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku kepada anda, pastikan: 1. Jangan sesekali tarik spray wiper; 2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan orang ramai. Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam. P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan jadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih proaktif dan berkesan. Note: Tips ke-2: Jika anda berhadapan dengan perompak wang rakyat menggunakan media seperti TV, radio dan akhbar untuk menipu rakyat. Jangan UNDI mereka - SP

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...