Ahad, 6 Julai 2008

BACAAN YAASIN DAN CUKUR JAMBUL ANAK SAUDARA PN. ROSLINA JALAN 5

Majlis bacaan Yaasin dan cukur cambul anak saudara Pn.Roslina telah diadakan pada hari Ahad 6 Julai 2008 jam 11.00am bertempat di Jalan Impian 5 Taman Impian Indah ,Sungai Buloh.
Baby comel Mohd Akil Muhaimin b. Mohd Razali yang berusia 32 hari diraikan pada majlis tersebut.
Majlis tahanuth ( belah mulut ) dimulakan oleh Ustazah Suziyani,Pn.Nafishah dan Pn. Napsiah .Setelah itu diadakan solawat beramai-ramai sambil menggunting rambut bayi.Acara yang agak meriah ini diakhiri dengan bacaan doa selamat dan jamuan nasi ayam.
AJK Muslimah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan penduduk Taman ini yang hadir. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.Semoga keikhlasan Muslimah akan mendapat keredhaan Allah.




Jumaat, 4 Julai 2008

CERAMAH KESIHATAN DAN PEMERIKSAAN DARAH DAN KOLESTEROL DI SURAU TAMAN IMPIAN INDAH,SUNGAI BULOH

Program ceramah kesihatan dan pemeriksaan darah anjuran Muslimah Surau Taman Impian Indah berlangsung pada 29 Jun hari Ahad.Ramai penduduk hadir untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dr. Kamarul Faridah Kamarul Zaman dari LPPKN. Disamping itu ada pemeriksaan darah dan kolesterol kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui kandungan darah masing-masing. Pendaftaran dimulakan jam 8.30 pagi oleh AJK pendaftaran Pn. Azizah Sharif dan Cik Mazsharizan Mazlan. Acara dimulakan dengan pembacaan doa oleh Ustazah Suziyani.Pengacara pada majlis tersebut ialah Pn. Zaimah. Acara berlangsung dengan lancar dan teratur.Ramai penduduk berkesempatan berbual dengan Pn Kamarul dan bertanya masalah kesihatan masing-masing.

Kepada semua yang terlibat menjayakan program ini diucapkan terima kasih dan berharap Muslimah terus aktif menggerakkan aktiviti demi Muslimah di Taman ini. Syabas kepada Pengerusi Muslimah 2008 Pn. Fariha Saad dan Pn Napsiah AJK kebajikan yang banyak membantu setiausaha dalam menguruskan surat menyurat dan panggilan penceramah.Keikhlasan yang ditunjukkan akan mendapat keredhaan Allah.










PROGRAM PENGURUSAN DIRI ( AT THOHARAH )

Di adakan pada 24 dan 25 Jun 2008 di Surau SMKBBSB.
Penceramah dijemput dari Pusat Raudah Sakinah iaitu Cikgu Yusnani.
Pelajar yang terlibat terdiri daripada kelas 2F sehingga 2R

Pengurusan diri terutamanya dari aspek kebersihan dan kesucian diri merupakan satu tuntutan yang amat penting bagi umat Islam. Ini kerana kebersihan diri ini menjadi syarat ke arah kesempurnaan ibadah dan jaminan bagi cara hidup muslim yang sihat dan diredhai Allah. Sehubungan dengan itu program ini diharapkan dapat menjadi titik tolak ke arah pemahaman pelajar bagi menghayati aspek-aspek kesucian diri yang dituntut oleh Islam.

Objektif
  • Memberi pendedahan tentang kaedah-kaedah bersuci
  • Memberi bimbingan tentang cara-cara bersuci yang sempurna.
  • Memberi tunjuk ajar tentang proses akil baligh dan persediaan untuk menghadapinya.
  • Meningkatkan pemahaman tentang kesempurnaan amal ibadah diterima Allah.
DI ANTARA PELAJAR-PELAJAR YANG MENYERTAI PROGRAM
BERSAMA GURU BERTUGAS.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...