Ahad, 20 Disember 2009

Tinggal Kenangan Kampung Sg Limau,Kedah

Balik kampung pada 11 Disember - 18 Disember 2009
Rumah pusaka yang di tinggalkan sejak ayah kembali ke rahmatullah.








Selasa, 8 Disember 2009

Aktiviti Yang Boleh Menurunkan Berat Badan

8 hb Disember 2009,Kuang Selangor.
Mandi kolam.itulah aktiviti yang lumrah dilakukan apabila musim cuti sekolah.Malangnya sekiranya tidak booking awal-awal tak berpeluanglah untuk berenang. Ini dikira nasib baik jugalah orang yang booking awal tu batalkan tempahannya.Jadi inilah saat yang paling menyeronokkan untuk membawa anak-anak ke kolam.Dapat berenang 2 jam cukup memadai untuk menggerakkan segala otot-otot badan.



Rabu, 2 Disember 2009

Selamat Pengantin Baru Kepada Shahrim dan Nur Izzati

Kepada kejiranan jalan 6, inilah hadiah yang dapat akak belikan untuk dihadiahkan kepada pengantin baru kita.
Alhamdulillah kita berjaya menyumbang seikhlas hati RM 10.00 sekeluarga.Insya Allah kesepakatan dan kejiranan Jalan 6 akan terus kekal untuk selama-lamanya.
Kepada Shahrim dan isteri selamat melayari alam berumahtangga.Kami doakan agar sentiasa mendapat keberkatan Ilahi dan kebahagiaan sepanjang hayat.



Daripada
Kejiranan Jalan Impian 6 sekeluarga

Abang Rozi dan Kak Fishah
Kak Sham sekeluarga
Shahril dan Zu
Mumtaz sekeluarga
Anuar dan Kak Yati
Mak Cik Nyaros
Husin dan Ina
Kamis dan Kak Ina
Mohd Nor dan Nora
Mohd Radzi dan Kak Ros

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...