Ahad, 25 Januari 2009

MAJLIS PERTUNANGAN MOHD HANIS DAN SITI NUR HASLYZA

Majlis pertunangan anak saudara Mohd Hanis pada 25 Jan. 2009 Ahad di Keramat Kuala Lumpur.Rombongan kakak dari Bukit Kayu Hitam seramai lima orang telah berkunjung ke sini untuk meraikan majlis. Pada mulanya kakak telah membawa jurucakap bagi pihaknya untuk majlis melamar dan bertunang.Tiba pada hari itu jurucakap bagi pihak kakak emergency kes pula.Apa lagi jadi bidang terjunlah pada hari tu, mula tu rasa malu juga apabila semua ruang tamu dipenuhi oleh jamaah lelaki ....semuanya orang masjid pula tu.Oleh kerana amanah yang diberi terpaksalah memulakan acara.Semua mereka kata cikgu serba boleh. ye ke macam tu.........Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan selamat,akhir sekali tok imam membacakan doa selamat.buat Mohd Hanis dan Nor Haslyza selamat bertunang.







ROAD RUN SMKBBSB 2009

24 Januari 2009 jam 8.30 am berlangsungnya acara road run SMKBBSB.
Bertugas sebagai check point C9 bersama kak Gi .
Tahniah diucapkan kepada rumah Hang Lekiu yang berjaya meraih johan dan Hang Nadim sebagai naib johan.
Terima kasih kepada petugas-petugas yang membantu cikgu pada hari tersebut.








Sabtu, 24 Januari 2009

KEHADIRAN ORANG BARU JALAN IMPIAN 6

UCAPAN TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG BARU MENDAPAT CAHAYA MATA DAN JAWAPANNYA.

Semoga Allah memberkati engkau dengan kelahiran anak ini dan engkau pula mensyukuri Pemberinya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan engkau mendapat layanan yang baik daripada anak ini.

Jawapan daripada bapa / penjaga kepada orang yang menyampaikan tahniah:
Semoga Allah melimpahkan berkatNya ke atas engkau, membalasnya dengan balasan yang baik, merezekikan engkau seumpamanya serta memperbanyakkan pahala engkau.

1.Amsyar bin Kamis
2. Muhammad Adli bin Azihan
3. Awni binti Mohd Shahril

Terima kasih diucapkan kepada penghuni Jalan Impian 6, di atas sumbangan hamper untuk orang baru.









Sabtu, 10 Januari 2009

QUNUT NAZILAH



اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائناونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهموزلزل أقدامهموسلط عليهم كلبا من كلابكيا قهار يا جبار يا منتقم ياالله ياالله يااللهاللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزابﺇهزمهم وانصرنا عليهم
Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian merekaDan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

BOIKOT BARANG AMERIKA





TREK KECEMERLANGAN BUAT ANAK-ANAKKU , ANAK-ANAK DIDIKKU DAN PENGUNJUNG SETIA BLOG INI

  1. Taat kepada Allah dan Rasulnya. Menunaikan solat lima waktu dan sentiasa berasa Allah memerhatikan kita.
  2. Taat kepada ibubapa/penjaga dan mendoakan kesejahteraan mereka.Sentiasa menghormati dan menyayangi mereka yang telah banyak berkorban demi kejayaan kita.
  3. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru yang telah mencurahkan ilmu dan mendidik kita menjadi insan yang berguna.
  4. Bermotivasi tinggi. Sentiasa bersungguh-sungguh dalam menjalankan sebarang aktiviti dan tidak menangguhkan kerja.
  5. Sentiasa menilai kelebihan dan kekurangan diri sendiri dan cuba memperbaiki kelemahan dari masa kesemasa.
  6. Cuba memperbaiki kelemahan diri secara berkesan dan mengambil tahu tarikh-tarikh penting.
  7. Sentiasa membuat persediaan awal bagi setiap mata pelajaran.
  8. Suka kepada semua mata pelajaran dan cuba menguasainya.
  9. Bersedia memberikan bantuan dalam pelajaran kepada kawan-kawan yang memerlukan.
  10. Berkawan dengan rakan yang bersikap positif.
  11. Mempunyai imej diri yang baik dan menjadi cermin kepada rakan lain.
  12. Memberi ganjaran dan pengiktirafan kepada diri sendiri dan sentiasa bersyukur untuk setiap kejayaan yang dicapai.
  13. Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang.
  14. Memasang niat tertentu atau bernazar sesuatu yang baik.Contohnya berpuasa sehari jika berjaya mendapat 5 A, 8 A atau 10 A dalam peperiksaan nanti.
  15. Sentiasa berdoa ,berusaha dan bertawakal kepada Allah swt.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...