- Taat kepada Allah dan Rasulnya. Menunaikan solat lima waktu dan sentiasa berasa Allah memerhatikan kita.
- Taat kepada ibubapa/penjaga dan mendoakan kesejahteraan mereka.Sentiasa menghormati dan menyayangi mereka yang telah banyak berkorban demi kejayaan kita.
- Sentiasa menghormati dan menyayangi guru yang telah mencurahkan ilmu dan mendidik kita menjadi insan yang berguna.
- Bermotivasi tinggi. Sentiasa bersungguh-sungguh dalam menjalankan sebarang aktiviti dan tidak menangguhkan kerja.
- Sentiasa menilai kelebihan dan kekurangan diri sendiri dan cuba memperbaiki kelemahan dari masa kesemasa.
- Cuba memperbaiki kelemahan diri secara berkesan dan mengambil tahu tarikh-tarikh penting.
- Sentiasa membuat persediaan awal bagi setiap mata pelajaran.
- Suka kepada semua mata pelajaran dan cuba menguasainya.
- Bersedia memberikan bantuan dalam pelajaran kepada kawan-kawan yang memerlukan.
- Berkawan dengan rakan yang bersikap positif.
- Mempunyai imej diri yang baik dan menjadi cermin kepada rakan lain.
- Memberi ganjaran dan pengiktirafan kepada diri sendiri dan sentiasa bersyukur untuk setiap kejayaan yang dicapai.
- Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang.
- Memasang niat tertentu atau bernazar sesuatu yang baik.Contohnya berpuasa sehari jika berjaya mendapat 5 A, 8 A atau 10 A dalam peperiksaan nanti.
- Sentiasa berdoa ,berusaha dan bertawakal kepada Allah swt.
Sabtu, 10 Januari 2009
TREK KECEMERLANGAN BUAT ANAK-ANAKKU , ANAK-ANAK DIDIKKU DAN PENGUNJUNG SETIA BLOG INI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan