Isnin, 28 Januari 2013

AKTIVITI MUSLIMAH 2013

Aktiviti Muslimah 2013/1434H

1. Mesyuarat Agung Muslimah 13.01.2013 ( Ahad ) jam 7.30 pagi - 9.30 pagi bertempat di Surau

2. Sambutan Maulidurrasul SAW 24.01.2013 ( Khamis ) Jam 7.30- 12.00 t/hari

 3. Latihan berzanji dan marhaban 28.01.2013 ( Isnin ) Jam 3.00-5.00 ptg bertempat di Surau














 4.Ziarah Pak Ali Jalan Impian 4 pada 06.05.2013 jam 10.30 pagi.

5. Bacaan Yaasin Rumah Pn Nafishah sempena keberangkatan menunaikan umrah.

6. Majlis Bacaan Yaasin dan Akikah dirumah Pn Syida Yusof Jalan Impian 4 pada 29 Jun 2013
7. Majlis Gotong Royong membersihkan surau Taman Impian Indah pada 30 Jun 2013


8.Iftar anjuran bersama KAFA Impian Indah pada 25 Julai 2013
9.Tadarus Al Quran sempena bulan Ramadhan sepanjang bulan Ramadhan.

10.Ziarah mangsa kebakaran En Helmi dan Pn Idah Jalan Impian 5 pada 14 Ogos 2013

11. Majlis Khatam Al Quran dan jamuan Raya Muslimah pada 18 Ogos 2013


12. Solat Hajat dan bacaan Yaasin untuk anak2 Taman Impian Indah yang akan menduduki PEPERIKSAAN


13. Majlis Kesyukuran ,Doa selamat,berzanji dan marhaban cucu kepada Pn Roslina Jalan Impian 4.- 16 Sept 2013.




14. Bacaan yasin Rumah Pn Zaimah Jalan 3 pada 27.10.2013
15.Gotong Royong memasak bubur Assyura pada 22.11.2013 Jumaat jam 9 pagi.

Sabtu, 26 Januari 2013

SAMBUTAN MAULIDURRASUL S.A.W TAMAN IMPIAN INDAH 2013/1434H

Barisan VIP- YB Bushro ( BN ) YB Khairuddin ( PAS ) dan Datuk Azmin
Muslimah yang menghadiri perarakan
Penceramah MaulidurRasul Ustaz

Jumaat, 4 Januari 2013

Mimpi Ibu

Tahun 2013  genaplah 10 tahun pemergian ayahanda tercinta kerahmatullah .Al Fatihah buat arwah, anakanda doakan ayah sentiasa dicucuri rahmat hendaknya.Ayah.... semalam emak bermimpi yang mengatakan gelang emas yang dipakainya yang hampir mencecah RM 6k itu adalah hadiah ayah buat ibu tu tertunggak bayarannya di kedai Cina Guar berjumlah RM200...Tika itu mungkin ayah masih sihat untuk pergi bershopping.Kalau  tak silap mungkin lebih kurang 15 tahun dari sekarang.Apabila mak menceritakan pada anak-anaknya ,ada yang mengatakan kebenaran mimpi itu dan tidak kurang pula menafikannya,kerana mana mungkin barang kemas yang bernilai tu boleh dibawa balik tanpa penjelasan bakinya.Tapi bila Mak menceritakan betapa akrabnya arwah dengan Tauke cina tu.anak-anak mak cuba mempercayai mimpi itu.
Dengan tak berlenggah lagi abang yang ke 3 membawa mak untuk pergi ke kedai tersebut.Tapi malangnya tauke tu juga dah meninggal 6 @ 7 tahun lepas. Apabila diberitahu pada Tuan kedai itu mungkin anaknya yang mewarisi perniagaan ayahnya tu.Beliau mencari fail-fail yang lama lebih 10 tahun tu.Alhamdulillah ....mimpi mak memang betul,tertera catatan yang tertulis baki RM 200 lagi.Allah ilhamkan buat mak untuk membayar hutang ayah yang tertunggak tu.Syukur sangat bila Allah menggerakkan hambanya untuk menolong hambanya yang tiada.Alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...