Jumaat, 4 Januari 2013

Mimpi Ibu

Tahun 2013  genaplah 10 tahun pemergian ayahanda tercinta kerahmatullah .Al Fatihah buat arwah, anakanda doakan ayah sentiasa dicucuri rahmat hendaknya.Ayah.... semalam emak bermimpi yang mengatakan gelang emas yang dipakainya yang hampir mencecah RM 6k itu adalah hadiah ayah buat ibu tu tertunggak bayarannya di kedai Cina Guar berjumlah RM200...Tika itu mungkin ayah masih sihat untuk pergi bershopping.Kalau  tak silap mungkin lebih kurang 15 tahun dari sekarang.Apabila mak menceritakan pada anak-anaknya ,ada yang mengatakan kebenaran mimpi itu dan tidak kurang pula menafikannya,kerana mana mungkin barang kemas yang bernilai tu boleh dibawa balik tanpa penjelasan bakinya.Tapi bila Mak menceritakan betapa akrabnya arwah dengan Tauke cina tu.anak-anak mak cuba mempercayai mimpi itu.
Dengan tak berlenggah lagi abang yang ke 3 membawa mak untuk pergi ke kedai tersebut.Tapi malangnya tauke tu juga dah meninggal 6 @ 7 tahun lepas. Apabila diberitahu pada Tuan kedai itu mungkin anaknya yang mewarisi perniagaan ayahnya tu.Beliau mencari fail-fail yang lama lebih 10 tahun tu.Alhamdulillah ....mimpi mak memang betul,tertera catatan yang tertulis baki RM 200 lagi.Allah ilhamkan buat mak untuk membayar hutang ayah yang tertunggak tu.Syukur sangat bila Allah menggerakkan hambanya untuk menolong hambanya yang tiada.Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...