Isnin, 19 Mei 2008

AKTIVITI MUSLIMAH 2008 SURAU AL IMAN TAMAN IMPIAN INDAH

SENARAI NAMA JAWATANKUASA MUSLIMAH
PENGERUSI : PN. FARIHAH SAADNAIB PENGERUSI : PN. AZLINA JAMIL
SETIAUSAHA : PN. NAFISHAH NAN
BENDAHARI : PN. ZAIMAH ISMAIL
KEBAJIKAN : PN. NAPSIAH ALI ISHAK
AJK JALAN 1 , 2 DAN 3 : PN. ZAIMAH ISMAIL
AJK JALAN 4 : PN. ROFIZAH SULIMAN /PN.AZIZAH /PN.ROHANI
AJK JALAN 5 : PN. SUZIYANI / PN ROZITA /PN.NORHANA
AJK JALAN 6 : CIK NORMAZSHARIZAN
AJK JALAN 7 : TIADA WAKIL
AJK JALAN 8 DAN 9 : PN. SALINAH SAKRANI
AJK JALAN 11,12 DAN 13 : PN. NORZIAH ZAKARIA

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN 2007-2008/1429


  1. Gotong royong masakan sempena Hari raya Aidil Adha 20.12.07
  2. Gotong royong masakan bersama Persatuan penduduk sempena gotong royong Taman Impian Indah 30.12.07
  3. Senamrobik Muslimah setiap hari Ahad bermula Januari hingga April
  4. Perarakkan MaulidurRasul bersama Sekolah Agama KAFA Impian Indah 20.3.08
  5. Memasak bubur Assyura 19.01.08
  6. Bacaan Yaasin rumah Pn.Nurulnahariah Jalan 5 -05.01.08
  7. Bacaan Yaasin rumah Pn.Napsiah Jalan 4 -27.01.08
  8. Bacaan Yaasin rumah Pn.Rofizah Jalan 4 -17.01.08
  9. Bacaan Yaasin rumah Pn.Nafishah Nan Jalan 6 -23.03.08
  10. Bacaan Yaasin rumah Pn.Shamsiah Jalan 6 -30.03.08
  11. Bacaan Yaasin rumah Pn.Roslina Jalan 5 -19.04.08
  12. Bacaan Yaasin dan Akikah rumah Pn.Aishah Jalan 1 -01.05.08
  13. Bacaan Yaasin rumah Pn.Azizah Jalan 4 -04.05.08
  14. Bacaan Yaasin rumah Pn.Norziah Jalan 13 -10.05.08
  15. Bacaan Yaasin rumah Pn.Zainab Jalan 4 -10.05.08
  16. Bacaan Yaasin rumah Pn.NorAzua Jalan 4 -25.05.08
  17. Bacaan Yaasin rumah Pn.Norhayati Jalan 4 -15.06.08
  18. Bacaan Yaasin rumah Pn.Rozita Jalan 5 -28.06.08
  19. Ceramah kesihatan dan pemeriksaan darah -29.06.08
  20. Bacaan Yaasin dan cukur jambul rumah Pn.Roslina Jalan 5 -06.07.08
  21. Bacaan Yaasin rumah Pn.Zabedah Jalan 6 -06.07.08
  22. Bacaan Yaasin rumah Pn.Rosnani Jalan 4 -13.07.08
  23. Bacaan Yaasin rumah Pn.Orkid Jalan 1 -19.07.08
  24. Bacaan Yaasin rumah Pn.Nora Jalan 9 -27 .07.08
  25. Bacaan Yaasin rumah Pn.Zainun Jalan 5 -10.08.08
  26. Bacaan Yaasin rumah Pn.Azlina Jamil Jln 6 -23.08.08
  27. Bacaan Yaasin rumah Pn.Zariah Jalan 7 -02.08.08
  28. Bacaan Yaasin rumah Pn. Zaharah Jln 6-03.08.08
  29. Bacaan Yaasin rumah Pn.Napsiah Jalan 4 -31.08.08
  30. Bacaan Yaasin rumah Pn. Hasnah Jalan 5 - 25.10.08
  31. Bacaan Yaasin rumah Pn. Aznidawati Jalan 1- 15.11.08
  32. Bacaan Yaasin rumah Pn. Junita Jalan 13- 16.11.08
  33. Majlis berkhatan beramai-ramai anak-anak Penduduk Impian Indah- 29 .11.08
  34. Gotong-royong masakan Hari Raya Korban -08.12.08
  35. Lawatan dan ziarah sahabat yang sakit dan ibu yang bersalin mengikut situasi.
  36. Jamuan akhir tahun dan sesi ramah mesra bersama Muslimah Taman.

Aktiviti yang dirancang tetapi tidak dapat dilaksanakan:
1. Lawatan ke rumah orang tua di Kuala Kubu Baru-Sebab ......Tidak digalakkan membuat lawatan pada hari Sabtu dan Ahad kerana orang tua-tua disana kebanyakan berpenyakit kritikal dan digalakkan melawat pada hari bekerja sahaja.
2. Kelas masakan dan kelas gubahan - Sebab......Tidak ada tempat yang sesuai dan guru sukar diperolehi.
3. Sukanika Muslimah - Sebab.... Ada pertembungan dengan majlis berkhatan yang dirancang agak lewat oleh Muslimat.
4. Celik IT- Sebab......Tidak mendapat sambutan hanya 3 peserta sahaja yang berminat.
MAKLUMAT TERKINI AKAN DITAMBAH DARI MASA KE SEMASA.

SELAMAT PENGANTIN BARU




NURULHUDA DAN YAZID




HASMADI DAN LINDA








ANAK PAK NJANG LEH




HASLINA DAN AZMI





AIDA ANAK PAK LANG YOB


HAMIDI




MUSTAFA DAN ZAITON


NORAZMI





Ahad, 18 Mei 2008

SAMBUTAN HARI LAHIR UNTUK ANAK-ANAK JALAN 6 DAN SAMBUTAN HARI IBU UNTUK IBU-IBU JALAN IMPIAN 6,TAMAN IMPIAN INDAH PADA 18 MEI 2008 JAM 5.00 PETANG.


Jiran sepakat membawa berkat.Sambutan Hari lahir untuk anak-anak dan Hari ibu Jalan Impian 6 dirancang khusus oleh Pengerusi Jalan Impian 6,En Mohd Nor B. Sharif dan AJK jalan 6. Setelah mendapat persepakatan dari ahli, surat edaran telah dihantar disetiap rumah.Setiap ahli keluarga membawa juadah dari rumah masing-masing. Sambutan agak meriah kerana mendapat sambutan yang baik dari penghuni-penghuni Jalan 6.Walaubagaimanapun terdapat beberapa ahli yang tidak dapat hadir kerana ada urusan masing-masing.






Kek yang dihadiahkan oleh Norhayati dan suami sekeluarga untuk kaum ibu dan guru-guru jalan 6. Kek juga disumbangkan oleh Pn Nora dan suami sempena hari kelahiran anaknya Mohd Haris 4 tahun.



Di antara ibu-ibu yang hadir pada majlis tersebut, Mak Cik Zaharah yang lebih dikenali dengan Tok Ah memotong kek hari Ibu bersama kaum ibu.



Para bapa turut memeriahkan suasana dengan memotong kek sebagai tanda penghargaan buat isteri masing-masing yang digelar ibu . Terima kasih buat isteriku.
Juadah yang enak dimasak sendiri oleh kaum ibu untuk menjamu tetamu yang hadir. Antaranya ialah Pulut kuning, roti jala,bihun ,laksa,nasi himpit,rendang,kuah kacang,bubur kacang,kuih muih dan buah-buahan.

Di antara penghuni jalan 6 yang turut hadir dan sedang menjamu selera.......apa yang difikirkan Kak Long tu menung jauh mungkin ingat pada yang tak hadir kut.Tak pe kalau ada rezeki kita buat lagi lain kali.


Rehat seketika setelah menjamu selera ,sambil berbincang isu-isu semasa kerana pada hari inilah merupakan hari pertemuan diantara jiran-jiran kerana semuanya sibuk bekerja dan sibuk dengan urusan masing-masing.


Bagi ahli yang baca blog ni,ahlan wasahlan tolong komen sikit untuk kebaikan.

Jumaat, 16 Mei 2008

SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2008-2 MURNI


Kek yang ditempah khusus untuk Guru-guru SMKBBSB

Hari guru disambut dengan membaca perutusan Hari Guru dan diadakan jamuan kelas-kelas.Terima kasih diucapkan kepada murid-murid 2M yang sudi membawa juadah untuk jamuan hari guru. Pada hari Khamis 23 Mei diadakan majlis khas sambutan hari guru,pelajar-pelajar membuat persembahan khusus untuk cikgu.Juga diadakan sukanika bagi guru-guru.Tema pakaian hari guru ialah ala-ala padang pasir.Semua guru memakai jubah.Puan Yusnita dan cikgu Rosli dipilih sebagai pemenang hadiah tema pakaian untuk majlis tersebut.Jubah yang dipakai cikgu Rosli dan Pn. Yusnita memang Arab betul.Sapepun tak boleh tandingi.Memang best betul dengan ragam cikgu pada hari tu.Nanti saya siarkan gambarnya kalau ada.



Bersama guru Matematik Pn. Fazila.




Murid bersama Guru Kelas 2M dan Pn.Asmah guru BM.
Selamat Hari Guru cikgu.






Diantara guru yang sempat bergambar didalam bilik guru

Selasa, 13 Mei 2008

SELAMAT HARI LAHIR 12 MEI 1965


Terima kasih kepada Kelab Guru SMK Bandar Baru Sungai Buloh kerana mengingati hari kelahiranku dan memberi hadiah kenangan .Pengerusi Kelab Guru 2008 En. Muhammad b Yaakob dan Naib pengerusi Pn. Fazilah.

Sabtu, 10 Mei 2008

SELAMAT HARI IBU UNTUK IBU -IBU TAMAN IMPIAN INDAH




Bacaan Yaasin rumah Norziah Zakaria Jalan 13 pada 10 Mei 2008, disambut meriah kerana kaum ibu turut memotong kek sempena Hari Ibu . Norziah selaku tuan rumah mengucap jutaan terima kasih kerana sambutan yang baik dari muslimah Taman Impian Indah.

KENANGAN AHLI KELUARGA




Sempena Hari Perkahwinan Kak Long Taman Aman Pendang, Kedah


Turut serta ibu tersayang Chik bt Awang.

Jumaat, 2 Mei 2008

MAJLIS KENDURI AKIKAH DAN BACAAN YAASIN MUSLIMAH DI RUMAH AISHAH JALAN 1, IMPIAN INDAH

Di antara Muslimah yang hadir pada Majlis tersebut.

Bacaan Yaasin rumah Aishah Jalan 1,Impian Indah pada 1 Mei 2008 hari Khamis. Sambutan sangat menggalakkan kerana diadakan juga majlis akikah anaknya dengan hidangan yang istimewa daging kambing.Jadi kali ini merupakan majlis perjumpaan bacaan yaasin yang teramai pernah diadakan. Terima kasih diucapkan kepada ahli baru yang join kumpulan yaasin.Dengan kehadiran ini akan memberi suntikan baru kepada pihak AJK untuk meneruskan aktiviti -aktiviti Muslimah.

TAZKIRAH-KEHEBATAN BISMILLAH


Kehebatan Basmalah
Contributed by AWEKN9 on Wednesday, October 03 @ 00:00:00 MYT
1. Datang kepadaku, yang pertama diberikannya kepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiimi." (Darulquthni dan Ibnu Umar r.a.) Sabda Rasulullah s.a.w.: "Itulah isim dari asma Allah. Tidak lain antara ia dengan nama Allah, 'Akbar' seperti putih mata dengan hitamnya.Begitulah dekatnya." Demikianlah jawapan Rasulullah s.a.w ketika ditanya oleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah. Sabda Baginda s.a.w. lagi: "Ismullahil-A'zham ialah Allah. Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua pembacaan al-Qur'an dimulai dengan Bismillaahir rahmaanir rahiimi sebelum menyebut nama-nama Allah yang lain." (Riwayat Imam Bukhari dari Jabir)2. Bersabda Nabi s.a.w.: "Ketika turunnya Bismillaahir rahmaanir rahiimi, bergembiralah ahli langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah 'Arasy kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000 Malaikat. Dan, bertambahlah iman para Malaikat. Dan, tunduklah segala jin dan bergetar segala planet. Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya." Dari Abu Na'im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.anhuma: "Ketika turun Bismillaahir rahmaanir rahiimi, mengucap tasbihlah gunung-ganang hingga dapat mendengar para penduduk Mekah dan sekitarnya. Lalu mereka berkata:"Rupanya Muhammad yang menyihir gunung-gunung itu." Kemudian Allah bangkitkan awan hingga meneduhkan penduduk Mekah."3. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh yakin, akan bertasbihlah gunung-ganang. Cuma sahaja ia tidak dapat mendengarnya."4. Rasulullah s.a.w. bersabda: " Barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan Laa haula walaquwwata illaa billaahil aliyyil adzhiim, Allah lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran, dukacita dan kesakitan." Dari al-Waqii dan Ats-Tsa'labi dari Ibnu Mas'ud r.a.: "Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah dari seksaan Neraka Zabbaniah yang sembilanbelas, maka hendaklah dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Kerana Allah menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu sebagai perisai." Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas'ud r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi, dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000 darjat."5. Bersabda Nabi s.a.w.: "Jin itu suka memakai barang-barang kepunyaan manusia dan pakaian mereka. Oleh itu,barangsiapa mengambil atau menaruh pakaian, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanirrahiimi. Kerana sesungguhnya nama Allah yang dibacakan di situ merupakan cop mohor Allah." Pengertian dari hadith di atas ialah hendaklah kita mengucapkan Bismillaahir rahmaanirrahiimi setiap kali kita menyimpan atau mengambil barang-barang kepunyaan kita agar terjaga daripada jin dan Syaitan. Bukan sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya tetapi juga mendapat keberkatan dan keselamatan samada atas harta-benda mahupun diri dan segala usaha kita. Dari Anas bin Malik bersabda Nabi s.a.w.: "Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia dan Malaikat untuk membuat buku dan menulis erti Bismillaahir rahmaanirrahiimi selama sejuta tahun, mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu persepuluh darinya."6. Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Ada suatu kaum yang datang pada Hari Qiamat nanti dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Lebih berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat yang lain: "Alangkah beratnya timbangan amal kebajikan mereka." Sesungguhnya, adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka sentiasa memulai segakla perbicaraan mereka dengan Bismillahir rahmaanir rahiim. Kerana ia adalah Isim Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca timbangan,nescaya beratlah lagi kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi."7. Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiimi kerana Malaikat penjagamu tidak kan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga engkau selesai. Dan, apabila engkau ingin bersatu dengan isterimu, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanirrahiimi kerana sesungguhnya Malaikat penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu hingga selesai engkau mandi janabah. Jika dari persetubuhan itu lahir seorang anak, akan dituliskan bagimu kebajikan menurut bilangan nafasnya dan bilangan anak-cucunya hingga tidak dikecualikan walau seorang."8. Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa di antara kamu apabila ia akan bersetubuh dengan isterinya, lalu dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan "Ya Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan untuk kami", maka jika sesungguhnya Allah takdirkan dari persetubuhan itu lahir seorang anak, tidak akan dapat Syaitan memudaratkannya untuk selama-lamanya."9. Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror bahawasanya Allah Ta'ala itu mempunyai 3000 nama yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Taurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama disebutkan di dalam al-Qur'anulkariim manakala 1 berada di sisi Allah. Dan, adapun makna daripada keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3 nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan Arrahiim yang termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Maka, barangsiapa mengajarkan dan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi umpama ia menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah. Adapun sesungguhnya kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi itu ada sembilanbelas huruf dan Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga ada sembilanbelas. Maka, barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh ikhlas dan yakin kepada Allah, nescaya terhindarlaj dia daripada siksaan Malaikat Zabbaniah.10.Dan, barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi banyak-banyak dengan harapan mendapat rezeki, nescaya akan diberikan Allah rezeki dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta, diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yang tinggi ( yakni Malaikat ) dan alam yang rendah ( yakni manusia dan lain-lain makhluk Allah di mukabumi ).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...