Ahad, 18 Mei 2008

SAMBUTAN HARI LAHIR UNTUK ANAK-ANAK JALAN 6 DAN SAMBUTAN HARI IBU UNTUK IBU-IBU JALAN IMPIAN 6,TAMAN IMPIAN INDAH PADA 18 MEI 2008 JAM 5.00 PETANG.


Jiran sepakat membawa berkat.Sambutan Hari lahir untuk anak-anak dan Hari ibu Jalan Impian 6 dirancang khusus oleh Pengerusi Jalan Impian 6,En Mohd Nor B. Sharif dan AJK jalan 6. Setelah mendapat persepakatan dari ahli, surat edaran telah dihantar disetiap rumah.Setiap ahli keluarga membawa juadah dari rumah masing-masing. Sambutan agak meriah kerana mendapat sambutan yang baik dari penghuni-penghuni Jalan 6.Walaubagaimanapun terdapat beberapa ahli yang tidak dapat hadir kerana ada urusan masing-masing.






Kek yang dihadiahkan oleh Norhayati dan suami sekeluarga untuk kaum ibu dan guru-guru jalan 6. Kek juga disumbangkan oleh Pn Nora dan suami sempena hari kelahiran anaknya Mohd Haris 4 tahun.



Di antara ibu-ibu yang hadir pada majlis tersebut, Mak Cik Zaharah yang lebih dikenali dengan Tok Ah memotong kek hari Ibu bersama kaum ibu.



Para bapa turut memeriahkan suasana dengan memotong kek sebagai tanda penghargaan buat isteri masing-masing yang digelar ibu . Terima kasih buat isteriku.
Juadah yang enak dimasak sendiri oleh kaum ibu untuk menjamu tetamu yang hadir. Antaranya ialah Pulut kuning, roti jala,bihun ,laksa,nasi himpit,rendang,kuah kacang,bubur kacang,kuih muih dan buah-buahan.

Di antara penghuni jalan 6 yang turut hadir dan sedang menjamu selera.......apa yang difikirkan Kak Long tu menung jauh mungkin ingat pada yang tak hadir kut.Tak pe kalau ada rezeki kita buat lagi lain kali.


Rehat seketika setelah menjamu selera ,sambil berbincang isu-isu semasa kerana pada hari inilah merupakan hari pertemuan diantara jiran-jiran kerana semuanya sibuk bekerja dan sibuk dengan urusan masing-masing.


Bagi ahli yang baca blog ni,ahlan wasahlan tolong komen sikit untuk kebaikan.

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Tahniah...untuk kita semua warga Jln 6.
    Bila kita nak buat bbq pulak..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...