Khamis, 31 Oktober 2013

TAZKIRAH

10 Kelebihan Orang Bersolat 

1. Diberi nur pada wajah.
2. Dikurniakan ALLAH SWT akal yg cerdas & otak yang pintar.
3. Hati bercahaya & tenang jiwa.
4. Sejahtera keluarga (sakinah, mawaddah, warahmah)
5. Diberi kesihatan yg baik & cergas anggota badan.
6. Dapat rahmat & hidayah dari ALLAH SWT
7. Terbuka pintu langit & doa dimakbulkan Allah s.w.t.
8. Diberatkan timbangan amal & menerima buku catatan amal melalui tangan kanan di akhirat kelak.
9. Dipermudahkan jalan menuju ke syurga Allah.
10. Akan bertemu ALLAH SWT dengan redhaNya.

(Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani)

BERUBAHLAH

Dunia tak perlu berubah yang perlu berubah itu cara kita memandang dunia

Kalau kita inginkan perubahan kepada dunia luaran kita, kita kenalah ubah dunia dalaman kita. Ubahlah cara kita memandang dan menilai dunia maka berubah lah dunia luaran kita. Bila kita mengubah sangkaan / persepsi kita terhadap dunia maka dunia luaran akan turut ikut berubah. Pandangan kita sentiasa dikuasai oleh ilmu kita yang mendasari penilaian kita terhadap dunia dan kehidupan kita. Ilmu baru yang kita pelajari tetapi yang masih mengekalkan cara pandangan dan penilaian lama tidak mampu mengubah kita. Ilmu baru kadang-kadang dapat mengubah persepsi kita terhadap kehidupan dalam sekelip mata, maka dalam sekelip kita berubah jadi insan baru. Untuk berubah kita WAJIB cari ilmu baru, suasana sekeliling baru, tempat baru, teman baru, idea baru, guru baru dan software (perisian) baru bagi menjana corak pemikiran baru.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

KEKAL BAHAGIA

Petua untuk ibubapa kekal damai & bahagia

Untuk kekal damai dan bahagia kita mesti berhenti merungut (stop complaining) tentang tingkah laku orang lain, keadaan atau peristiwa atau apa sahaja yang membuat kita rasa tidak gembira, dukacita atau murung. Selalu kita dengar ibubapa merungut tentang tingkah laku anak-anak, tentang pasangan, tentang pelajaran anak-anak, tentang belanja yang tidak pernah cukup, tentang kerjaya, tentang kereta, tentang diri sendiri, tentang keluarga. 

Apa yang pasti, tiada sesiapa yang boleh membuat kita rasa tidak gembira, tiada keadaan yang boleh menyebabkan kita berduka atau rasa teruk melainkan diri kita sendiri yang membenarkan ia berlaku kepada diri kita. Secara mutlak kita tidak dapat mengawal semua keadaan yang di luar dari diri kita sendiri, tapi kita yang mengawal bagaimana emosi dan reaksi kita terhadap keadaan tersebut. 

Sentiasa tanamkan sifat ikhlas, tenang, berfikiran positif dan cuba elakkan prasangka negatif. Perhatikan emosi dan reaksi kita setiap masa, itu adalah langkah penting kepada kawalan kendiri yang berkesan.

Bila kita berhenti merungut bukan bermaksud kita berhenti mengambil berat tentang apa yang menjadi tanggungjawab kita. Kita masih melakukan tanggungjawab yang sama cuma dalam keadaan minda yang lebih ikhlas, positif, lebih ceria dan gembira.

"Seorang yang kukuh keyakinannya kepada Allah tidak sekali merungut atas tingkah laku orang lain" - Moinuddin Chishty (R.A.)

APABILA AMANAH DIMUNGKIRI

27 hb. 07.2007 bercadang untuk penambahan ruangan dapur dan pemindahan kabinet . Telah memilih kontraktor yang salah agaknya. Apabila wang pendahuluan diberikan, pembinaan hanya separuh jalan aje. Sekarang hampir sebulan lebih masih belum sambung kerja-kerja pembinaan. Pelbagai alasan diberi. Hari ini tepat sebulan 5 hari.,apabila dihubungi terus mematikan telefonnya. Manusia hanya merancang Allah yang menentukan.Apakan daya dalam dunia yang global ini terdapat pelbagai ragam manusia. Hendak salahkan siapa ? Itulah dikatakan manusia . Di dunia akan terlepas penipuan dan pembohongan tetapi di akhirat akan mendapat balasan juga. Iktibar ini perlu dimuhasabah sendiri , Allah tetap akan menguji hambanya selagi mana hamba itu memikirkan tentang kekuasaan Allah. Manusia yang kerdil banyak tipu daya sama juga seperti syaitan laknatullah. Tetapi kesabaran seseorang itu membuat dirinya gelisah dan tidak tenang. Bagaimana penyudahnya wallahhualam ,buat masa sekarang masih lagi berfikir tentang anehnya perangai manusia, pandai berlakon dan bersandiwara, akhirnya sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ketanah. Sepandai-pandai manusia ada juga kepincangannya. Tak ada siapa yang kita boleh buat pengaduan hanyalah pada Yang Maha Esa. Semoga Allah akan melembutkan hatinya untuk meneruskan usahanya yang tergendala dan menginsafi perlakuannya.

MINIT MENYUARAT MUSLIMAH - MAJLIS BERKHATAN

سوراو الايمان
تامن ايمفيان انده سوغاي بولوه سلاغور
________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT AHLIJAWATANKUASA MUSLIMAH KALI KE EMPAT

Tarikh : 2HB. NOVEMBER 2008 ( Ahad )
Masa : 8.00 malam
Tempat : Restoran Diana Impian Indah.

Senarai Kehadiran :
1. Pn Fariha Saad
2. Pn. Napsiah Ali Ishak
3. Pn. Nafishah Nan
4. Pn Roslina Muhammad
5. Pn Azizah Shariff
6. Pn. Nor Aishah Sulaiman
7. Pn. Siti Rusnah Abd. Rahman
8. Pn. Noraini Fadzillah
9. Pn Norziah Zakaria



Tidak hadir:
1. Pn Azlina Jamil
2. Cik Nor Mazsharizan Mazlan
3. Pn. Rohani Siman
4. Pn. Norhana Abd. Rahim
5. Pn Suzyani Che Wan
6. Pn Norziah Zakaria
7. Pn Salina Sakrani
8. Pn Zaimah Ismail
9. Pn Rozita Adnan
10. Pn Rofizah Sulaiman

1. Ucapan Pengerusi Muslimah
Beliau mengucapkan terima kasih kepada AJK yang hadir . Seterusnya memulakan mesyuarat .

2. Perbincangan majlis berkhatan beramai-ramai Penduduk Taman Impian Indah yang akan diadakan pada 29hb Nov. 2008 ( Sabtu ) jam 9.00 pagi.

3. Acara pada majlis tersebut:
- Perarakan
- Mandi beramai-ramai
- Berkhatan
- Kenduri

4. Tetamu jemputan yang diundang:
- YB Ir. Mohd Bhusro –Wakil rakyat ( belum confirm lagi )
- Doktor dari Hospital Sg. Buloh.
- Media TV3
- Media Sinar
- Bomba

5. Pada hari Jumaat selepas insyak majlis gotong royong bermula dengan penyediaan bahan-bahan untuk masakan. SMS akan dihantar kepada wakil jalan untuk memaklumkan supaya semua Muslimah akan hadir.

6. Mesyuarat telah bersetuju untuk membantu dan bekerjasama untuk melancarkan program yang akan dijalankan pada hari tersebut.

a) Persediaan tempat dan peralatan
- Pn. Siti Rusnah Abd. Rahman ( Ketua )
- Pn Azizah Shariff
-Pn. Rohani Siman

b) Hidangan makanan dan minuman
- Pn Rozita Adnan ( Ketua )
-Pn Norziah Zakaria
- Pn Rofizah Sulaiman
- Pn Azlina Jamil
- Pn. Norhana Abd. Rahim
- Pn Salina Sakrani

c) Penyambut tetamu
- Pn. Napsiah Ali Ishak (Ketua )
- Pn. Noraini Fadzillah
-Pn Suzyani Che Wan
-Pn. Nor Aishah Sulaiman

d) Perarakan
- Pn. Nafishah Nan ( Ketua )
- Pn Roslina Muhammad
- Pn Zaimah Ismail
-Cik Nor Mazsharizan Mazlan

e) Bunga Manggar
-akan dibeli sebanyak dua pokok oleh Pn. Nafishah pelbagai warna.
-kayu akan diambil dirumah Zah Nik dengan persetujuan.

d) Bunga telor dan bunga rampai
-100 pokok akan dibeli oleh Pn Fariha
-Telur – akan dibeli dan direbus oleh 30 biji Pn. Norziah, 30 biji oleh
Pn Aishah, 30 biji oleh Pn Napsiah dan 10 biji oleh Pn Azizah.
-Bunga Rampai – akan disediakan oleh Pn Napsiah dan Pn. Aishah.

e) Pulut Kuning
-Beras pulut akan dibeli oleh Pn. Fariha dan dimasak oleh Pn Napsiah

f ) Sepanduk
-Disediakan oleh AJK lelaki.

e) Kebersihan selepas majlis
-Semua Ajk

7. Tema baju Muslimah warna biru, Semua Muslimah digalakkan memakai baju berwarna biru dan tidak ada paksaan.

8. Hal-hal lain
Pn. Fariha tidak ada pada majlis tersebut kerana sedang belajar dan beliau berharap semua AJK dapat menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan jayanya.

9. Mesyuarat ditangguhkan jam 9.30 malam.





Disediakan oleh,
Pn. Nafishah Nan
Setiausaha Muslimah Surau Al- Iman
Taman Impian Indah 2007-2008.

TEMPAHAN SEPANDOK -SURAU AL-IMAN TAMAN IMPIAN INDAH


MAJLIS BERKHATAN
BERAMAI-RAMAI 2008/ 1429H
SURAU AL-IMAN
TAMAN IMPIAN INDAH
29 NOVEMBER 2008

http:// al-iman.myportal.my




NOTE: Semua tulisan huruf besar ,bentuk seperti diatas, font yang atas lebih besar dan kecil kebawah.Tulisan boleh ubah bagi sama .bawah sebelah kanan ada web surau. cetak gambar berwarna.saiznya ialah 3' x 6'. Sebarang pertanyaan hubungi Mohd Rozi no tel 0133361366 .

KENANGAN RAYA




RAYA 2008

AIDIL MUBARAK 2012-1433H

RENUNGAN

Sama ada berpunca dari suami atau isteri, mengapakah perbalahan tercetus? 

Puncanya apabila kita, belum lagi cukup melabur dalam 'bank emosi' pasangan kita. Kita sibuk melabur dalam 'bank fizikal' mereka dgn membelikan pelbagai hadiah, sedangkan kita kurang melakukan pelaburan di 'bank emosi' dengan senyuman, kata2 menghargai dan sikap membantu. Akhirnya apabila ada hati terguris, janji yg dimungkiri dan perbuatan yg menyakitkan hati, mudah pasangan kita marah dan merajuk. 

Muhasabahlah diri, kalau pasangan kita marah dan merajuk. Adakah cukup pelaburan dalam 'bank emosi' pasangan kita selama ini ? Banyakkan senyuman, memberikan bantuan dan kata penghargaan..

http://drzubaidi.com/blog

RENUNGAN

Sama ada berpunca dari suami atau isteri, mengapakah perbalahan tercetus? 

Puncanya apabila kita, belum lagi cukup melabur dalam 'bank emosi' pasangan kita. Kita sibuk melabur dalam 'bank fizikal' mereka dgn membelikan pelbagai hadiah, sedangkan kita kurang melakukan pelaburan di 'bank emosi' dengan senyuman, kata2 menghargai dan sikap membantu. Akhirnya apabila ada hati terguris, janji yg dimungkiri dan perbuatan yg menyakitkan hati, mudah pasangan kita marah dan merajuk. 

Muhasabahlah diri, kalau pasangan kita marah dan merajuk. Adakah cukup pelaburan dalam 'bank emosi' pasangan kita selama ini ? Banyakkan senyuman, memberikan bantuan dan kata penghargaan..

http://drzubaidi.com/blog

RENUNGAN

NOTA KAUNSELING

Ramai suami tidak menyedari bahawa isteri bukan saja memerlukan "nafkah emosi", bukan setakat perkongsian wang ringgit dan fizikal.

Bayangkan jika kita biarkan jiwa isteri kita lapar dgn kasih sayang dan kata2 yg manis dari suami, dari siapakah dia akan mendapatkannya? 

" wanita yang lapar" akan mudah layu pada pujukan dan pujian dari mana-mana lelaki. Jangan terlalu menyalahkan isteri jika ini berlaku.


http://drzubaidi.com/blog

...Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun.. Haramkah membacanya??

Terbaca di beberapa blog dan forum baru-baru ini, memandangkan hampirnya kita memasuki tahun baru Hijrah, berkemundang sekali lagi seruan bahawa bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu bid'ah yang jelas haram di sisi Islam.


Benarkan apa yang dihebohkan ini?


Kalau benar mengapa saban tahun setiap jabatan agama negeri tidak pernah menghalang sambutan ini? Adakah tok mufti dan semua ustaz yang berada di setiap jabatan agama ni bersekongkol dalam kesesatan? Sama-sama kita kaji..Biasanya apabila kita tidak mengetahui asas bagi satu masalah, maka kita akan mudah membuat keputusan yang salah. Asas dan sebab bagi satu masalah merupakan kunci bagi kita untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut.


Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.Asas pendapat pertama kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun.


Apakah asas mereka?

Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah?

Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah apabila kita memerhatikan kebesaranNya?

Seterusnya, bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.


Asas pendapat kedua.

Bid'ah dholalah (atau kata mereka bid'ah secara mutlak) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa bid'ah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh Saiyidina Usman.

Maka diistilahkan pula oleh Imam Syafie dan para mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bid'ah hasanah.

Malah diklasifikasikan pula oleh Imam Nawawi bid'ah kepada 5 hukum taklifi yang ada. Mereka kata klasifikasi ini klasifikasi dari sudut bahasa, namun jika kita kaji bid'ah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan yg lain, tetapi bid'ah dalam agama.Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya haram dan bid'ah yang dholalah.


Nah, sekarang mereka membuat pula satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bid'ah (baca bid'ah dholalah) dan haram.

2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai haram.Maka apa pula komentar bagi kedua-dua hujjah kedua-dua golongan ini ya?Perbincangan bagi hujjah pendapat yang pertama. Dikatakan bahawa memuji Allah apabila memerhatikan kebesaran-Nya. Benar. Namun cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur itu perlukan petunjuk dari Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Bukannya mengikut fikiran kita semata-mata. Adakah berdoa tersebut cukup untuk menghapuskan segala dosa yang berlaku di sepanjang tahun. Kalau begitu mudahla, Buat dosa banyak-banyak. Akhir tahun doa jelah. Lagipun kalau doa ni pun da bid'ah dan berdosa, sebenarnya bukan hapuskan dosa tapi tambahkan dosa lagi.Jawapan kepada perbincangan ini. Cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur adalah diharuskan selagi mana tidak melanggar syara'. Sebanyak mana pun kita bersyukur takkan cukup dengan nikmat yang Allah beri. Lagipun kita bukan bersyukur mengikut fikiran kita semata-mata, tetapi berdasarkan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya jugak kan. Bukankah berdoa ini satu cara yang ditunjukkan dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bukannya kita sambut dgn konsert atau pertunjukkan bunga api.Berkenaan doa boleh menghapuskan dosa atau tidak tersebut, urusan tersebut diserahkan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang memerintah kita supaya berdoa dan Dialah yang memakbulkan doa dan mengampunkan dosa. Ini merupakan usaha kita yg diperintah oleh-Nya. Hujjah buat dosa banyak2 kemudian berdoa adalah hujah yang dangkal, kerana tiada siapa yang mengetahui selama mana hayatnya. Juga ia seolah-olah mempermain-mainkan mereka yang berdoa setiap hari agar diampunkan oleh Allah. Mengapa tidak tunggu tua sahaja baru berdoa. waktu muda buat dosalah banyak2. Hujah yang amat cetek dan tidak perlu dihiraukan, tetapi perlu dijawab kerana banyak antara mereka yang cetek ilmu, tapi mengaku berilmu. Semua kita sepakat bahawa melakukan perkara yang dilarang oleh syarak secara pasti dan mesti adalah haram. Jadi mengapa perlu dipersoalkan perkara begini. Tetapi kita sebagai manusia yang tidak maksum pasti tidak akan lari dari kesalahan. Jadi kita perlu dari masa ke semasa meminta pengampunan dari Allah s.w.t. Niat melakukan dosa dengan harapan berdoa di waktu lain agar diampunkan adalah niat yang jelas salah dan terlarang.
Perbincangan hujjah pendapat yang kedua. Apakah asas-asas yang diiktiraf dalam menentukan hukum dan adakah doa ini tiada asasnya langsung dalam agama? Para ulamak telah berselisih dalam perkara ini, namun mereka sepakat menentukan bahawa Al-Quran, Assunnah, Ijma' dan Qias secara umumnya adalah asas dalam menentukan hukum. (kecuali beberapa ulamak zahiri dan syiah yang menolak terus qias). Mereka pula hanya menganggap Al-Quran dan Assunnah dan ijtihad para mujtahidin berdasarkan dua sumber ini merupakan asas. Walaubagaimanapun kedua-dua masalah ini tidakla jauh bezanya jika difahami dengan betul. Jadi persoalan sekarang adakah di sana asas bagi doa ini dibaca?Secara ringkasnya asas bagi berdoa secara umumnya adalah ayat-ayat Alquran dan Assunnah yang terlalu banyak menerangkan perintah berdoa tak kira masa dan tempat. Perintah2 ini tidak boleh kita khususkan kepada doa yang warid dalam alquran dan sunnah semata-mata, kerana ia dikira sebagai mengkhususkan sesuatu yg umum tanpa pengkhususnya. Selain itu warid dari Hadis2 dan asar para solihin keharusan berdoa selain dari yg warid mengikut keperluan kita asalkan tidak bercanggah dengan syarak.Asas seterusnya dalam berdoa ini adalah berdasarkan maslahah (yang juga sumber perundangan hukum islam). Maslahah yang rajihah (yang boleh diguna pakai) dalam perkara ini ditentukan oleh para ulamak terdahulu bukan menurut pemikiran kita semata. Maslahah ini lebih jelas di zaman kita yang mana ramai di kalangan masyarakat kita sudah jauh dari ajaran Islam dan tidak reti berdoa lagi. Malah di tahun baru ini pun mereka tanpa segan silu membuat kemaksiatan. Bukankah molek jika kita menyeru mereka berdoa di waktu begini?Jadi apabila ada asas-asas yang disebutkan maka kita tidak boleh menyebut amalan berdoa ini sebagai satu perkara bid'ah yang sesat. Malah boleh kita masukkannya di dalam bid'ah hasanah yang disebutkan oleh Imam Syafie.Mereka juga menyatakan bahawa sesutu ibadat seperti zikir dan doa itu perlu menyamai Rasulullah dari sudut bilangan, masa, hari dan tempat. Sesuatu yang bercanggah dengan salah satu darinya adalah haram. Kita pula menjawab, di manakah dalil kepada penyataan ini? Ulamak terdahulu tidak pernah membuat kaedah sebegini. kaedah yang ada adalah, ibadat tidak menyalahi dari apa yang Rasulullah tunjukkan. Jangan Rasulullah bersolat subuh 2 rakaat kita bersolat 3 rakaat, kerana nak pahala lebih. Itu yang salah. Adapun berdoa dan berzikir di waktu yang tidak warid Rasulullah berzikir pada waktu tersebut adalah tidak diharamkan. Kerana Rasulullah sendiri sentiasa berzikir dan berdoa. Selain itu perintah berzikir berdoa tidak pernah mengkhususkan masa dan tempat. Tiada salahnya jika kita hanya mengaji Al-Quran selepas maghrib setiap hari dan memerintahkan pula anak-anak kita berbuat sedemikian, walaupun tidak warid dalam hadis Rasulullah ada mengkhusukan begitu. Itu kita sepakat bukan. Jadi mengapa kita mengkhususkan pula sebelum maghrib akhir zulhijjah untuk berdoa dikira sebagai sesuatu perbuatan yang haram?Hujjah mereka seterusnya adalah kebaikan sesuatu perkara adalah berdasarkan al-Quran dan As-sunnah. Maka kita katakan bahawa kebaikan berdoa ini juga adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang menyuruh kita berdoa tanpa mengira waktu dan tidak pernah pula melarang kita berdoa di waktu2 tertentu. Maka kita simpulkan bahawa berdoa awal dan akhir tahun ini merupakan perkara yang baik menurut syara'. Bid'ah mustahabbah kata Imam Nawawi.
Kesimpulan: Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.Wallahu A'lamWasallallahu 'Ala Saiyidina Muhammad Wa'ala Alihi Wasohbihi Ajma'in, Walhamdulillahi Rabbil 'Alamin

Kopi buat payu dara kecut

Pengambilan terlalu banyak kafein jejas hormon dalam badan wanita

LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.

Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.

Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka."Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada," kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan."Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang," katanya."

Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap."Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka."Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.

Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Dunia/20081024225315/Article/indexworld_html

Tazkirah 15

Antara Manusia dan Buah-buahan

Jangan Suka Mendedah Tubuh
Jadilah seperti jagung,
jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak,
sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.
Setia Terhadap Pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.
Kecantikan Dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam,
tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat,
tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.
Jaga Kesucian Dalam Pergaulan
Jadilah seperti sengkuang.
Walaupun hidup dalam tanah dan selut,
tetapi umbinya tetap putih bersih.

HARI KELUARGA WARGA SMKBBSB 4-5 JULAI 2009

Bertempat di Tiara Beach Resort,Port Dickson,Negeri Sembilan.

HARI KELUARGA TELEKOM MALAYSIA RNOKL 3- pada 16 Ogos 2009

Bertempat di Nur Lembah Pangsun Eco Resort.

Sponsored by:

TM Consumer Sales KL, TM Business Sales KL,Perniagaan Mohammad, Kelab TM KL Cawangan Cosmo.Dayang Suri Enterprise,Bank Rakyat,Yeos,KLCC,Sogo,Nestle,Sunway Lagoon,Zoo Negara,Pizza dan lain-lain

Rabu, 30 Oktober 2013

KENANGAN RAYA

2011
                                                                           2011
2010

                                                                   RAYA 2008

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...