Memaparkan catatan dengan label TAZKIRAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAZKIRAH. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Disember 2013

SURAH AL KAHFI


Sains Kahfi 4 – Misal Pemisahan Dua Zaman

Surah alKahfi disusun di tengah-tengah Musyhaf alquran. Di situ jugalah terdapatnya seruan WALYATALLATTOF (hendaklah kamu berhalus/berhati-hati/berlemah lembut). Begitu juga pencerahan dari surah itu sendiri. Jika kita baca berulang-ulang kali kita akan dapati surah ini membantu kita mengenalpasti kekosongan jiwa dan kefahaman agama secara total, yang sudah lama berlaku tanpa kita sedar. Ia seolah-olah membahagi tepat antara dua zaman dengan jahiliyah yang kaffah, yang menuntut kita menghalusi semula segalanya sedari mula.

PERI PENTINGNYA MENGHALUSI PERUMPAMAAN/MUTASYABIHAT

Antara punca kekalutan umat dalam usaha memahami dan menerapkan nilai Islam yang sebenar dalam kehidupan ialah kerana kegagalan kita memahami rahsia mutasyabihat. Pelbagai pentafsiran tentang ayat-ayat mutasyabihat telah berlaku dan menyebabkan umat menjadi semakin bingung. Lebih menyedihkan lagi apabila ramai yang mencuba-cuba menjelaskan ayat mutasyabihat secara muhkamat.

Apabila ayat mutasyabihat (tersirat) yang pembacaannya dibuat berselari dengan sunnah dan asbab tidak diperhalusi, maka ia mula ditelah dengan cara muhkamat (tersurat). Cuba anda bayangkan jika bidalan “Bagai anjing dengan kucing” merujuk secara tersurat pasti kita akan menafikan konteks bidalan itu adalah untuk kita juga pakainya kerana ia hanya untuk anjing dan kucing. Tetapi apabila kita mula menyelami KONTEKS bidalan tadi, barulah kita tahu yang kita ambil ialah pelajaran di sebalik anjing dan kucing itu dalam kehidupan manusia.

Apabila Allah buat perumpamaan manusia seperti babi dan anjing di dalam Al-Quran, adakah kita akan mencari manusia yang sudah menyerupai fizikal babi dan anjing itu? Ataupun kita mencari perangai / habit haiwan itu yang ada pada manusia. Itu namanya, PEMBACAAN STRATEGIK yang mengambil bacaan mutasyabihat sebagai kekuatan utama.

Hari ini, kita mendamba kepada sesuatu yang terlampau magik berlaku untuk kita memperkuatkan pasak diri kita terhadap Islam. Rakaman video yang “over-expose” di dalam masjid Nabawi pun menjadi viral di internet kononnya itulah Malaikat yang bersama menunaikan solat. Mudah-mudah kita jadi takjub dengan perkara itu sedangkan kejadian alam ini keseluruhannya sudah lebih dari besar untuk kita pasakkan iman kita kepada Allah.

Golongan agamawan sebahagiannya mencari makan dengan ceramah juga dengan menulis buku yang tampak seperti dongeng-dongengan tentang kehebatan Malaikat berbanding manusia sedangkan Allah telah nyatakan manusia adalah ciptaan terbaik. Itulah semua bahana perkataan mutasyabihat ditafsir secara muhkamat. Jadilah sampai ke saiz Malaikat Jibrail yang sebelah sayapnya sahaja memenuhi sedunia. Bagaimana secara fizikal dan tersurat kita mahu jelaskan bagaimana Jibrail sebesar itu menemui Nabi di Gua Hira? Bagaimana Jibrail memeluk nabi? Bagaimana pula Nabi bertemu Jibrail dengan Malaikat Jibrail menunjukkan rupa sebenarnya?

Itulah strategi yang mantap yang menjadi rahsia Allah dan rasul dalam mengenal kebenaran dan meyakini yang ghaib adalah di sebalik ayat ayat mutasyabihat ini. Mengenali jatuhnya agama dan untuk mencari kaedah membangunkannya semula juga terselindung di sebalik ayat ayat mutasyabihat atau ayat yang berupa ‘misal’ ini.

Hari ini, musuh Islam juga pening kerana inkripsi ayat-ayat Allah itu ada kekuatannya secara TERSIRAT bukan tersurat. Jika secara tersurat, mudah sahaja musuh Islam memesongkannya sepertimana mereka memesongkan kitab-kitab sebelum Al-Quran. Hari ini, mereka melihat Quran dan mereka jelas ADA KERAMAT dalam bacaannya tetapi mereka sendiri tidak faham bacaan mutsyabihat itu sendiri. Yang mereka baca yang tersurat itu hanya memberikan mereka impresi bahawa ia seperti satu buku cerita yang tidak membangunkan Islam sangat.

Waspadalah, hari ini kebanyakan manusia hanya membaca yang muhkamat tanpa penguasaan mesej tersirat (mutasyabihat). Hasilnya, Islam dilihat satu agama yang hanya kelihatan seperti Islam (hardware) tetapi rohnya (software) adalah bukan Islam. Muhkamat (hardware) dan pemacu hardware itu ialah perisiannya (mutasyabihat).

Sudah jelas tentang beza bacaan?

Sudah Nampak mengapa musuh Islam tidak pernah menentang malah menaja program-program musabbaqah Al-Quran? Kerana mereka lebih selesa kita berlumba-lumba membaca dan melagukannya berbanding kita berlumba-lumba membuka sekolah untuk mentalaqi Al-Quran tanpa berjubah dan tanpa beserban.

32. Dan berikanlah kepada mereka sebuah PERUMPAMAAN dua orang laki-laki, Kami jadikan bagi seorang di antara keduanya dua buah kebun anggur dan kami kelilingi kedua kebun itu dengan pohon-pohon korma dan di antara kedua kebun itu Kami buatkan ladang.

45. Dan berilah PERUMPAMAAN kepada mereka, kehidupan dunia sebagai air hujan yang Kami turunkan dari langit, maka menjadi subur karenanya tumbuh-tumbuhan di muka bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yang diterbangkann oleh angin. Dan adalah Allah, Maha Kuasa atas segala sesuatu.

54. Dan sesungguhnya Kami telah MENGULANG-ULANGI bagi manusia dalam Al Quran ini bermacam-macam PERUMPAMAAN. Dan manusia adalah MAKHLUK YANG PALING BANYAK MEMBANTAH.

Sedikit yang ingin kami kongsikan dari ayat di atas adalah tentang pohon akidah dan taman syurga yang diumpamakan dengan anggur dan korma. Jika kita susur kembali akan kita kenali Nabi manakah (lelaki) yang menanam Anggur dan Korma. Lebih baik lagi jika kita boleh susur juga siapa penanam pokok Tin dan Zaytun. Itu adalah fenomena taman syurga yang telah dikecapi ummat hasil dakwah mereka di wilayah dan mulkiyah masing-masing. Allah gambarkan situasi terputusnya tamaddun di antara mereka agar yang terkemudian sedar dan membangkitkannya semula.

HAKIKAT AKHIR ZAMAN (AKHIRAT) DAN HARI KEBANGKITAN (KIAMAT)

Antara yang wajib diimani oleh setiap individu muslim adalah hakikat wajib berlakunya hari akhirat atau hari kebangkitan. Sepertimana yang telah dialami oleh baginda Rasulullah SAW dahulu, begitulah yang sedang kita alami. Islam yang ditegakkan oleh Nabi Ibrahim a.s. berdasarkan Suhuf Ibrahim melalui Millah Ibrahim akhirnya jatuh semula. Kemudian diturunkan Kitab Taurat kepada Musa a.s. dan didakwahkan dengan susah payah lalu jatuh semula. Kemudian diturunkan pula Injil kepada Nabi Isa a.s. dan didakwahkan dengan jayanya lalu jatuh semula.

Untuk kita pula, alquran diturunkan melalui baginda Rasulullah SAW yang juga telah berjaya didakwahkan dengan meluas dan jayanya. Namun Nabi SAW tahu akan patern jatuh bangun ini lalu baginda mewasiatkan begitu banyak tanda kejatuhannya dan mengajarkan cara membangkitkannya semula. Kita seharusnya bersyukur kerana baginda telah mewasiatkan kitab yang lengkap dan dijamin Allah akan terpelihara sampai bila-bila. Itulah himpunan hadis ‘akhir zaman’.

Sejak kecil baginda Rasulullah SAW memerhatikan keadaan sekitar dan bagaimana manusia menangani aturan Allah yang telah ditetapkan dalam kitab sebelumnya. Apa yang jelas segala ajaran rasul terdahulu itu telah hilang sirna dari perlaksanaannya. Umat yang telah diajarkan tentang kitab dan peraturan Allah waktu itu telah kembali jahil. Masing masing berlumba-lumba mengejar laba dunia berupa harta, tahta dan wanita.

Bapa saudara baginda SAW sendiri yang salah satu dari namanya ialah Abdul Uzza bin Abdul Muttalib yang juga digelar Abu Lahab telah mewarisi tabiat Qorun. Dari nama itu kita kenal apa itu al-Uzza, salah satu dari 3 berhala besar, iaitu penyembah (Abdul) harta (al-Uzza). Bapa saudara sepupu baginda Haji Amr Bin Hisham yang digelar Abu jahal menjadi pewaris Fir’aun, yang ketagih kuasa dan berbuat sewenang wenang dalam menguasai Mekah serta mengurus Jemaah Haji di Masjidil Haram.

Segala tanda akhir zaman yang diwasiatkan oleh baginda SAW adalah himpunan dari apa yang baginda lihat sepanjang hidup baginda sebelum menerima wahyu. Dalam mengejar kekayaan, riba dan penindasan dijadikan instrumen perniagaan yang sangat meluas dan menindas. Demikian juga halnya dengan Abu Jahal yang sanggup berbuat apa saja untuk mempertahankan kedudukannya. Buktinya beliau sanggup keluarkan perintah bunuh kepada baginda SAW sendiri setelah gagal memujuk baginda dengan harta, tahta dan wanita untuk meninggalkan dakwah.

Begitu juga situasi jahiliyah di mana ibu-ibu tidak lagi menyusukan anak sendiri, setiap kelamin mempunyai amah, isteri sudah menjadi barang perhiasan dan tidak berfungsi sebagai amarat rumahtangga, nisak sudah bertukar menjadi rijal, manusia berpecah belah dan tindas menindas dalam apa saja. Hiburan dan perkara-perkara yang menghayalkan dan memabukkan telah sangat berleluasa. Zina, judi, rampok merampok berleluasa.

Anda masih rasa ciri-ciri dan tanda-tanda yang Nabi sudah gambarkan tentang Jahiliyah itu masih berlaku dalam zaman kita? Jika anda rasa kita masih belum seteruk Jahiliyah, kami harap artikel ini mampu mengejutkan anda dari lena yang panjang anda itu.

Itu semua menjadi pedoman tanda berakhirnya fitrah agama yang baginda wasiatkan kepada kita agar jangan lalai dan sentiasa berjaga-jaga. Apabila segala tanda itu sudah sangat ketara, maka baginda nasihatkan agar kita kembali merujuk dan berpegang teguh dengan al-quran dan sunnah baginda untuk membangunkannya semula.

Penggiliran jatuh bangunnya agama samawi ini telah banyak sekali Allah nyatakan melalui sirah rasul satu demi satu. Allah jelaskan juga melalui berbagai bentuk perumpamaan yang boleh kita perhatikan di alam ini. Antaranya Allah kaitkan dengan matahari dan bulan, siang dan malam, pusingan minggu, bulan juga tahun demi tahun dan sebagainya. Kerana itu penggiliran solat lima waktu, penamaan hari dalam seminggu, penamaan bulan-bulan hijrah membawa maksud yang sama tentang jatuh bangunnya nasib agama.

Benarlah firman Allah itu. Islam itu sezaman ia gelap ibarat malam sehingga manusia melaksanakan agama dalam gelap gelita dan meraba-raba. Kemudian ada golongan yang solat malam yang panjang penuh kesedaran lalu menemui subuh dan fajar lalu Islam terang semula. Menjelang Zuhur, segala bayangan yang samar akan menjadi jelas tanpa bayang. Itulah hakikat tertegaknya Islam. Namun bayang pagi yang mendekati zuhur tadi kembali tergelincir dan cahaya semakin jauh sehingga terputus semula selepas Asar.

Dari ahad sampai khamis kita bekerja dan bermasyarakat, hari jumaat kita kumpul segala berita dalam solat jumaat. Kita bermuhasabah di hari sabtu dan kita mulakan dari ahad semula. Dari awal bulan yang gelap gelita, kita lalui kehidupan hingga terang bulan dan bulan akan menuju ke hujung dan hilang cahayanya semula.

Dalam pusingan tahun juga begitu. Selepas musim Haji di bulan ZulHijjah, masih-masing mendapat hujjah yang tepat tentang Islam lalu kita mulai tahun baru dengan Muharam menggunakan hujjah yang tepat. Dari situ kita jelas mana yang haram, mana yang halal. Dari situ kita jelas kenapa Kaabah itu berada dalam masjidil haram, di Tanah haram. Berbagai bagai proses pembaikan kita alami, kita pindah kiblat dan sembahan dari syaitan kepada Allah. Kita perjalankan jiwa untuk meningkatkan darjat keimanan kita. Namun seperti biasa hujungnya manusia akan melalaikannya lalu menemui ramadhan dan kepanasan semula. Dan begitulah pusingan seterusnya.

Banyak dipetik dalam surah al-Kahfi ini tentang misal zaman kegemilangan kita yang telah berakhir. Antaranya ayat-ayat berikut,

40. maka mudah-mudahan Tuhanku, akan memberi kepadaku yang lebih baik dari pada kebunmu; dan mudah-mudahan Dia mengirimkan ketentuan dari langit kepada kebunmu; hingga menjadi tanah yang licin;

41. atau airnya menjadi surut ke dalam tanah, maka sekali-kali kamu tidak dapat menemukannya lagi."

42. Dan harta kekayaannya dibinasakan; lalu ia membulak-balikkan kedua tangannya terhadap apa yang ia telah belanjakan untuk itu, sedang pohon anggur itu roboh bersama para-paranya dan dia berkata: "Aduhai kiranya dulu aku tidak mempersekutukan seorangpun dengan Tuhanku."

43. Dan tidak ada bagi dia segolongan pun yang akan menolongnya selain Allah; dan sekali-kali ia tidak dapat membela dirinya.

Kami tidak dapat mengulas penuh kerana ia akan jadi terlalu panjang. Cukuplah untuk memberikan gambaran bahawa perintah membaca surah kahfi di hari jumaat ada kaitan dengan jatuh bangunnya agama. Pohon akidah yang memenuhi taman syurga yang ditegakkan oleh pejuang terdahulu semuanya musnah tanpa kita sedar. Air wahyu yang mengalir di bumi itu semuanya telah sejat. Itulah hakikat yang dinukilkan dalam ayat-ayat di atas.

Kami tutup dengan penegasan agar kita banyakkan istighfar dan bertasbih setelah menghalusi tahap kefahaman, kesedaran dan ketakwaan diri kita dengan sedikit pencerahan ini. Mari kita taubatkan diri dari mengulangi kelalaian, membiarkan agama kita diinjak-injak oleh manusia, atau lebih sedih lagi jika kita sendiri yang selama ini menghancurkannya.

Apabila apa yang ditegakkan oleh orang terdahulu telah jatuh, maka kegemilangan Islam akan tertidur tanpa kita sedar. Ia ibarat Allah simpan dalam gua. Kerana itulah ada pihak yang menggunapakai nama gua untuk menyesatkan manusia. Tidak kurang ada yang meninggalkan kota naik ke gua. Bukan begitu caranya, jadikan masjid kita sebagai gua. Himpunkan semula pemuda khariah dan menuntut dari yang tua.

300 tahun tertidur itu hanya lah satu anggaran Allah kata. Jika jarak masa 600 tahun dari Isa ke zaman Muhammad saw di bahagi dua, memanglah ia menjadi 300. Namun untuk kita dan pusingan-pusingan seterusnya hanya Allah yang tahu. Cuma kami ingin mengambil peluang menjawab pertanyaan pembaca tentang tambahan 9 tahun lagi. Ini adalah kerana secara alami, apabila kita terjaga dari tidur yang terlalu panjang, tentunya banyak yang harus kita laras semula. Kita sudah tidak kenal kerabat dan saudara mara, ilmu yang ada pada kita sudah menjadi wang purba yang tidak lagi diterima di pasaran. Kerana itu 9 tahun diperlukan untuk membiasakan diri dengan situasi, untuk berjinak-jinak membaca dan meneliti.

InsyaAllah jika kita sabar dan menghalusi, apa yang telah berjaya ditegakkan oleh Nabi SAW namun telah berjaya dimusnahkan oleh Dajjal itu akan dapat kita nikmati kembali. Tidak lain tidak bukan dengan alquran dan sunnah baginda itu sendiri.

Bersambung …

Khamis, 5 Disember 2013

TAZKIRAH






DIET RASULULLAH S.A.W

DOA AGAR HUJAN YANG TIDAK MEMUDHARATKAN

Bismillah Lima & Khasiatnya


1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim
* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Antara fungsi Bismillah 5 ni:
*penawar bisa diri
*penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
*penawar bisa-bisa badan
*penawar bisa batu merian
*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya
Cara menggunakan Bismillah 5 :
1.Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali dan tiup di tempat yang sakit.
2. Kalau anak menangis di tengah malam, baca Bismillah 5 ini dan hembus pada ubun-ubun bayi.
3. Kalau anak demam, baca dan hembus pada air 19x, kemudian lap badan anak dengan air tersebut sekerap mungkin sambil berselawat. (Mama.Wafi dah pernah cuba masa Wafi demam dan Alhamdulillah, dengan izin Allah, sembuh demam Wafi itu.)
Kesan Sampingan:
Dengan mengamalkan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal  Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.

Khamis, 31 Oktober 2013

TAZKIRAH

10 Kelebihan Orang Bersolat 

1. Diberi nur pada wajah.
2. Dikurniakan ALLAH SWT akal yg cerdas & otak yang pintar.
3. Hati bercahaya & tenang jiwa.
4. Sejahtera keluarga (sakinah, mawaddah, warahmah)
5. Diberi kesihatan yg baik & cergas anggota badan.
6. Dapat rahmat & hidayah dari ALLAH SWT
7. Terbuka pintu langit & doa dimakbulkan Allah s.w.t.
8. Diberatkan timbangan amal & menerima buku catatan amal melalui tangan kanan di akhirat kelak.
9. Dipermudahkan jalan menuju ke syurga Allah.
10. Akan bertemu ALLAH SWT dengan redhaNya.

(Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani)

...Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun.. Haramkah membacanya??

Terbaca di beberapa blog dan forum baru-baru ini, memandangkan hampirnya kita memasuki tahun baru Hijrah, berkemundang sekali lagi seruan bahawa bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu bid'ah yang jelas haram di sisi Islam.


Benarkan apa yang dihebohkan ini?


Kalau benar mengapa saban tahun setiap jabatan agama negeri tidak pernah menghalang sambutan ini? Adakah tok mufti dan semua ustaz yang berada di setiap jabatan agama ni bersekongkol dalam kesesatan? Sama-sama kita kaji..Biasanya apabila kita tidak mengetahui asas bagi satu masalah, maka kita akan mudah membuat keputusan yang salah. Asas dan sebab bagi satu masalah merupakan kunci bagi kita untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut.


Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.Asas pendapat pertama kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun.


Apakah asas mereka?

Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah?

Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah apabila kita memerhatikan kebesaranNya?

Seterusnya, bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.


Asas pendapat kedua.

Bid'ah dholalah (atau kata mereka bid'ah secara mutlak) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa bid'ah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh Saiyidina Usman.

Maka diistilahkan pula oleh Imam Syafie dan para mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bid'ah hasanah.

Malah diklasifikasikan pula oleh Imam Nawawi bid'ah kepada 5 hukum taklifi yang ada. Mereka kata klasifikasi ini klasifikasi dari sudut bahasa, namun jika kita kaji bid'ah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan yg lain, tetapi bid'ah dalam agama.Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya haram dan bid'ah yang dholalah.


Nah, sekarang mereka membuat pula satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bid'ah (baca bid'ah dholalah) dan haram.

2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai haram.Maka apa pula komentar bagi kedua-dua hujjah kedua-dua golongan ini ya?Perbincangan bagi hujjah pendapat yang pertama. Dikatakan bahawa memuji Allah apabila memerhatikan kebesaran-Nya. Benar. Namun cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur itu perlukan petunjuk dari Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Bukannya mengikut fikiran kita semata-mata. Adakah berdoa tersebut cukup untuk menghapuskan segala dosa yang berlaku di sepanjang tahun. Kalau begitu mudahla, Buat dosa banyak-banyak. Akhir tahun doa jelah. Lagipun kalau doa ni pun da bid'ah dan berdosa, sebenarnya bukan hapuskan dosa tapi tambahkan dosa lagi.Jawapan kepada perbincangan ini. Cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur adalah diharuskan selagi mana tidak melanggar syara'. Sebanyak mana pun kita bersyukur takkan cukup dengan nikmat yang Allah beri. Lagipun kita bukan bersyukur mengikut fikiran kita semata-mata, tetapi berdasarkan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya jugak kan. Bukankah berdoa ini satu cara yang ditunjukkan dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bukannya kita sambut dgn konsert atau pertunjukkan bunga api.Berkenaan doa boleh menghapuskan dosa atau tidak tersebut, urusan tersebut diserahkan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang memerintah kita supaya berdoa dan Dialah yang memakbulkan doa dan mengampunkan dosa. Ini merupakan usaha kita yg diperintah oleh-Nya. Hujjah buat dosa banyak2 kemudian berdoa adalah hujah yang dangkal, kerana tiada siapa yang mengetahui selama mana hayatnya. Juga ia seolah-olah mempermain-mainkan mereka yang berdoa setiap hari agar diampunkan oleh Allah. Mengapa tidak tunggu tua sahaja baru berdoa. waktu muda buat dosalah banyak2. Hujah yang amat cetek dan tidak perlu dihiraukan, tetapi perlu dijawab kerana banyak antara mereka yang cetek ilmu, tapi mengaku berilmu. Semua kita sepakat bahawa melakukan perkara yang dilarang oleh syarak secara pasti dan mesti adalah haram. Jadi mengapa perlu dipersoalkan perkara begini. Tetapi kita sebagai manusia yang tidak maksum pasti tidak akan lari dari kesalahan. Jadi kita perlu dari masa ke semasa meminta pengampunan dari Allah s.w.t. Niat melakukan dosa dengan harapan berdoa di waktu lain agar diampunkan adalah niat yang jelas salah dan terlarang.
Perbincangan hujjah pendapat yang kedua. Apakah asas-asas yang diiktiraf dalam menentukan hukum dan adakah doa ini tiada asasnya langsung dalam agama? Para ulamak telah berselisih dalam perkara ini, namun mereka sepakat menentukan bahawa Al-Quran, Assunnah, Ijma' dan Qias secara umumnya adalah asas dalam menentukan hukum. (kecuali beberapa ulamak zahiri dan syiah yang menolak terus qias). Mereka pula hanya menganggap Al-Quran dan Assunnah dan ijtihad para mujtahidin berdasarkan dua sumber ini merupakan asas. Walaubagaimanapun kedua-dua masalah ini tidakla jauh bezanya jika difahami dengan betul. Jadi persoalan sekarang adakah di sana asas bagi doa ini dibaca?Secara ringkasnya asas bagi berdoa secara umumnya adalah ayat-ayat Alquran dan Assunnah yang terlalu banyak menerangkan perintah berdoa tak kira masa dan tempat. Perintah2 ini tidak boleh kita khususkan kepada doa yang warid dalam alquran dan sunnah semata-mata, kerana ia dikira sebagai mengkhususkan sesuatu yg umum tanpa pengkhususnya. Selain itu warid dari Hadis2 dan asar para solihin keharusan berdoa selain dari yg warid mengikut keperluan kita asalkan tidak bercanggah dengan syarak.Asas seterusnya dalam berdoa ini adalah berdasarkan maslahah (yang juga sumber perundangan hukum islam). Maslahah yang rajihah (yang boleh diguna pakai) dalam perkara ini ditentukan oleh para ulamak terdahulu bukan menurut pemikiran kita semata. Maslahah ini lebih jelas di zaman kita yang mana ramai di kalangan masyarakat kita sudah jauh dari ajaran Islam dan tidak reti berdoa lagi. Malah di tahun baru ini pun mereka tanpa segan silu membuat kemaksiatan. Bukankah molek jika kita menyeru mereka berdoa di waktu begini?Jadi apabila ada asas-asas yang disebutkan maka kita tidak boleh menyebut amalan berdoa ini sebagai satu perkara bid'ah yang sesat. Malah boleh kita masukkannya di dalam bid'ah hasanah yang disebutkan oleh Imam Syafie.Mereka juga menyatakan bahawa sesutu ibadat seperti zikir dan doa itu perlu menyamai Rasulullah dari sudut bilangan, masa, hari dan tempat. Sesuatu yang bercanggah dengan salah satu darinya adalah haram. Kita pula menjawab, di manakah dalil kepada penyataan ini? Ulamak terdahulu tidak pernah membuat kaedah sebegini. kaedah yang ada adalah, ibadat tidak menyalahi dari apa yang Rasulullah tunjukkan. Jangan Rasulullah bersolat subuh 2 rakaat kita bersolat 3 rakaat, kerana nak pahala lebih. Itu yang salah. Adapun berdoa dan berzikir di waktu yang tidak warid Rasulullah berzikir pada waktu tersebut adalah tidak diharamkan. Kerana Rasulullah sendiri sentiasa berzikir dan berdoa. Selain itu perintah berzikir berdoa tidak pernah mengkhususkan masa dan tempat. Tiada salahnya jika kita hanya mengaji Al-Quran selepas maghrib setiap hari dan memerintahkan pula anak-anak kita berbuat sedemikian, walaupun tidak warid dalam hadis Rasulullah ada mengkhusukan begitu. Itu kita sepakat bukan. Jadi mengapa kita mengkhususkan pula sebelum maghrib akhir zulhijjah untuk berdoa dikira sebagai sesuatu perbuatan yang haram?Hujjah mereka seterusnya adalah kebaikan sesuatu perkara adalah berdasarkan al-Quran dan As-sunnah. Maka kita katakan bahawa kebaikan berdoa ini juga adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang menyuruh kita berdoa tanpa mengira waktu dan tidak pernah pula melarang kita berdoa di waktu2 tertentu. Maka kita simpulkan bahawa berdoa awal dan akhir tahun ini merupakan perkara yang baik menurut syara'. Bid'ah mustahabbah kata Imam Nawawi.
Kesimpulan: Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.Wallahu A'lamWasallallahu 'Ala Saiyidina Muhammad Wa'ala Alihi Wasohbihi Ajma'in, Walhamdulillahi Rabbil 'Alamin

Kopi buat payu dara kecut

Pengambilan terlalu banyak kafein jejas hormon dalam badan wanita

LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.

Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.

Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka."Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada," kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan."Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang," katanya."

Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap."Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka."Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.

Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Dunia/20081024225315/Article/indexworld_html

Tazkirah 15

Antara Manusia dan Buah-buahan

Jangan Suka Mendedah Tubuh
Jadilah seperti jagung,
jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak,
sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.
Setia Terhadap Pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.
Kecantikan Dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam,
tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat,
tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.
Jaga Kesucian Dalam Pergaulan
Jadilah seperti sengkuang.
Walaupun hidup dalam tanah dan selut,
tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selasa, 29 Mei 2012

TAZKIRAH

HIKMAH AYAT-AYAT AL QURAN


1) BISMILLAH (Dengan nama Allah)

Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)

Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu,nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu,nescaya terpelihara dari tipu daya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.Barangsia pa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.Barangsia pa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya,seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
Dan tersebut dalam hadith yang lain: Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu,ia dikira mati syahid.Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:Barangsi apa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)

Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)

Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)

Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)

Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali,nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)

Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)

Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman.Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus)

Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud)

Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa.Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar.Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)

Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)

Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)

Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)

Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(19) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu.Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

(20) SURAH AL-KAHF (Gua)

Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(21) SURAH MARYAM (Maryam)

Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

(22) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(23) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)

Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

(24) SURAH AL-HAJ (Haji)

Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(25) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(26) SURAH AN-NUUR (Cahaya)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(27) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)

Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(28) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)

Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(29) SURAH AN-NAML (Semut)

Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(30) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)

Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

(31) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)

Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(32) SURAH AR-RUM (Rum)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(33) SURAH LUQMAN (Luqman)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(34) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)

Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir,nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.

(35) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)

Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(36) SURAH SABA' ( Saba ')

Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(37) SURAH FAATHIR (Pencipta)

Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.

(38) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)

Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.."Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda:"Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."
Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda :"Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat,Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid.Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

(39) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)

Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

(40) SURAH SHAAD (Shaad)

Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati

Jumaat, 27 Februari 2009

Tauladan Kehidupan Rasulullah

Sesungguhnya sejarah pahit manis kehidupan Rasulullah sebenarnya banyak memberi pengajaran dalam perjalanan hidup umat manusia untuk menjadi khalifah yang ummul.TANGGAL 12 Rabiulawal 570M merupakan tarikh kelahiran Nabi Muhammad yang membawa keberkatan kepada seluruh alam.
Sejarah hidup Rasulullah melalui pelbagai jalan getir dan hidup yatim piatu sejak berusia enam tahun apabila bonda yang disayanginya meninggal dunia.Kemudian, baginda hanya sempat dua tahun sahaja dapat menumpang kasih sayang daripada datuknya Abdul Mutalib ketika usianya lapan tahun.Mula berjinak-jinak menjadi seorang peniaga apabila sentiasa mendapat pendedahan daripada bapa saudaranya.
Rasulullah menjadi idola kepada remaja kerana beliau dikenali dengan gelaran al-Amin atau terpuji.Terpuji kerana sifatnya yang tidak pernah menyembah berhala dan sentiasa melihat dan merenung terhadap persekitaran dan kekayaan alam kelilingnya.Atas sifat terbilangnya dan kepimpinan diri, Rasulullah diberi penghormatan untuk menyelesaikan pertikaian dan perbalahan kerana perebutan kuasa dalam kalangan ketua Kabilah untuk menempatkan hajarul aswad.Terkenal sebagai pengembala kambing dan peniaga yang memiliki sifat amanah, cekap, jujur, sabar dan ikhlas.
Firman Allah: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"- surah al-Ahzab: 21.Sahabat istimewaRakan dan sahabat Rasulullah amat setia dan banyak berkorban demi usaha dan kejayaan untuk menanam kefahaman dan ajaran Islam.Siapa yang tidak kenal dengan Bilal, seorang pemuda yang kental dan sanggup berkorban demi menegakkan kalimah Allah agar sentiasa bertakhta dalam jiwanya.Begitu juga dengan Yasir dan keluarganya yang dizalimi oleh Abi Jahal. Mus'ab Umair, seorang remaja kaya dan tampan sanggup mengorbankan segala kemewahan hidupnya dan sanggup menerima cercaan dan deraan daripada ibu kesayangannya kerana bertekad untuk meninggalkan tanah air sendiri untuk sama-sama berhijrah dengan Rasulullah ke Madinah. Usman Mad'un, buta matanya angkara kezaliman musyrik.Begitu juga dengan Uthman Affan dan Abu Bakar yang turut menerima pelbagai seksaan. Khabab Art menerima seksaan sampai melecur badannya.Dipakaikan baju besi dan dibaringkan di atas pasir panas. Dipanggang di atas bara api sehingga lemak-lemak dan darah keluar dan menyebabkan bara terpadam.Umar ketika menjadi khalifah pernah bertanya tentang derita yang pernah dialami oleh Khabab lantas ditunjukkan parut lukanya di badan. Lantas Umar berkata, dengan keluhan 'Aku tidak pernah melihat parut yang begini rupa'.
Kehidupan rumah tangga Mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun dengan Siti Khadijah Khuwailid yang merupakan isteri pertama. Rumahnya terletak berhampiran Masjidil Haram (di Lorong Atarin).Mengandungi empat bilik iaitu untuk anak-anak, untuk Baginda bersama isterinya, satu bilik untuk beribadah dan satu lagi untuk tetamu.Khadijah banyak berkorban jiwa raga dan harta benda bersama Rasulullah sepanjang menyebarkan ajaran Islam. Ketika peristiwa menerima Wahyu pertama, Rasulullah pulang ke rumah dalam keadaan terkejut.Lalu Khadijah terus mententeramkan Baginda dengan kata-kata: "Demi Allah, Allah tidak akan menghina Engkau sama sekali, sesungguhnya Engkau akan menghubung silaturahim, menyempurnakan amanah, memikul beban dan tanggungjawab, memuliakan tetamu dan menolong orang yang mempunyai hak yang terkena zalim".Seterusnya Khadijah terus berjumpa dengan sepupunya Waraqah Naufal dan menegaskan bahawa itu adalah wahyu yang diturunkan melalui Jibril seperti mana yang telah diturunkan kepada Nabi Isa.
Bermula dengan peristiwa ini, Khadijah beriman dengan dakwah suaminya dan merupakan orang pertama percaya dan beriman dengan Nabi Muhammad.Sejak itu, Khadijah sentiasa bersama Rasulullah memberi segala bantuan dan sokongan dalam keadaan getir menghadapi ancaman kaum kafir Quraisy yang melakukan pelbagai sekatan bekalan makanan dan air. Khadijah meninggal dunia ketika berusia 65 tahun dan dalam masa yang sama, bapa saudara Rasulullah, Rasul Abu Talib pula meninggal dunia. Tahun berkenaan dikenali sebagai tahun bersedih (al-ahzan).
Rasulullah bersama Khadijah dikurniakan enam orang anak. Dua putera (meninggal dunia semasa kecil) dan empat orang puteri (Zainab, Rukiah, Umi Kalthum dan Fatimah).Selain Khadijah, Rasulullah berkahwin dengan Saudah Zamaah, Aisyah Abu Bakar, Hafsah Umar, Zainab Khusaimah, Hind Ummu Salmah, Juwairiah al-Haris, Sufiyyah Hayy, Ummu Habibah dan Maimunah.Rasulullah menjadi contoh tauladan dalam pergaulan dengan isteri-isterinya. Pergaulan dengan cara baik dan lemah lembut, penuh kasih sayang dan bertanggungjawab serta berlaku adil dalam memberi nafkah, giliran dan sebagainya.Baginda melawat isteri-isterinya pada waktu pagi dan petang untuk membantu, memberi nasihat dan mengambil hati bagi mengukuh dan mengikat kasih sayang.Aisyah pernah menegaskan dengan ungkapan: "Bahawa Rasulullah tidak pernah memukul isterinya dan sentiasa solat berjemaah, pernah menjahit sendiri kainnya, menampal kasutnya, menampung baldinya, memerah susu kambing dan berkhidmat untuk dirinya sendiri".
Sesungguhnya sejarah pahit dan manis kehidupan Rasulullah banyak memberi pengajaran dalam perjalanan hidup kita. Kewafatan Rasulullah pada awalnya mengejutkan para sahabat.Namun, para sahabat dan Umar akhirnya menerima hakikat bahawa Rasulullah telah wafat dan Umar mula memberi ucapan kepada orang ramai dengan katanya: "Sesiapa yang memuja Muhammad, ketahuilah bahawa Muhammad sudah tidak ada lagi dan barang siapa yang memuja Allah s.w.t, ketahuilah bahawa Allah s.w.t sentiasa hidup dan kekal".Seterusnya, Umar membaca ayat al-Quran dalam surah ali-Imran ayat 144 yang bermaksud: "Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudah didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh)".Jika demikian, kalau ia mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir) dan (ingatlah) sesiapa yang berbalik (berpaling tadah menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada Allah sedikit pun, dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

Sabtu, 10 Januari 2009

QUNUT NAZILAH



اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائناونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهموزلزل أقدامهموسلط عليهم كلبا من كلابكيا قهار يا جبار يا منتقم ياالله ياالله يااللهاللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزابﺇهزمهم وانصرنا عليهم
Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian merekaDan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

BOIKOT BARANG AMERIKA





TREK KECEMERLANGAN BUAT ANAK-ANAKKU , ANAK-ANAK DIDIKKU DAN PENGUNJUNG SETIA BLOG INI

  1. Taat kepada Allah dan Rasulnya. Menunaikan solat lima waktu dan sentiasa berasa Allah memerhatikan kita.
  2. Taat kepada ibubapa/penjaga dan mendoakan kesejahteraan mereka.Sentiasa menghormati dan menyayangi mereka yang telah banyak berkorban demi kejayaan kita.
  3. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru yang telah mencurahkan ilmu dan mendidik kita menjadi insan yang berguna.
  4. Bermotivasi tinggi. Sentiasa bersungguh-sungguh dalam menjalankan sebarang aktiviti dan tidak menangguhkan kerja.
  5. Sentiasa menilai kelebihan dan kekurangan diri sendiri dan cuba memperbaiki kelemahan dari masa kesemasa.
  6. Cuba memperbaiki kelemahan diri secara berkesan dan mengambil tahu tarikh-tarikh penting.
  7. Sentiasa membuat persediaan awal bagi setiap mata pelajaran.
  8. Suka kepada semua mata pelajaran dan cuba menguasainya.
  9. Bersedia memberikan bantuan dalam pelajaran kepada kawan-kawan yang memerlukan.
  10. Berkawan dengan rakan yang bersikap positif.
  11. Mempunyai imej diri yang baik dan menjadi cermin kepada rakan lain.
  12. Memberi ganjaran dan pengiktirafan kepada diri sendiri dan sentiasa bersyukur untuk setiap kejayaan yang dicapai.
  13. Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang.
  14. Memasang niat tertentu atau bernazar sesuatu yang baik.Contohnya berpuasa sehari jika berjaya mendapat 5 A, 8 A atau 10 A dalam peperiksaan nanti.
  15. Sentiasa berdoa ,berusaha dan bertawakal kepada Allah swt.


Khamis, 18 Disember 2008

Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Rabu, 17 Disember 2008

PESANAN RASULULLAH KEPADA SAIDATINA FATIMAH AZ ZAHRAH

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s.a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Selasa, 9 Disember 2008

FADHILAT MEMBERI SALAM

UCAPAN SALAM yang dibiasakan dalam masyarakat Islam hanya mempunyai satu bentuk dan mesti menjadi amalan kepada setiap Muslim. Memberi salam sunat hukumnya, tetapi fadilatnya besar sehingga sesiapa yang mendengar, wajib untuk menjawabnya.

Ucapan salam itu adalah,
"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" (salam sejahtera, rahmat Allah dan berkat-Nya ke atas kamu). Orang yang membalasnya (menjawabnya): "Waalaikum salam Warahmatullahi Wabarakatuh" (dan ke atasmu salam, rahmat Allah dan berkat-Nya).

Bentuk ucapan salam yang indah ini tidak boleh disamakan atau ditukar ganti dengan ungkapan lain seperti "selamat pagi", "selamat petang" atau "good morning". Hal ini kerana, ucapan salam memberikan pahala kepada sesiapa yang mengucapkannya, sedangkan ucapan selainnya, sekadar pada bibir dan tidak lebih daripada itu.

Salam mengandungi pengertian yang disukai dan paling dicintai oleh manusia pada segala tempat dan zaman. Salam yang diucapkan itu juga mempunyai kaedahnya. Oleh itu, kita hendaklah mengucapkannya dengan baik dan bersopan.

Kaedah itu disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:"Orang yang berkenderaan mengucapkan salam kepada yang berjalan kaki dan yang berjalan kepada orang yang duduk dan yang sedikit mengucapkan kepada yang ramai." (Muttafaq alaih)Memberi salam juga boleh diucapkan kepada sesiapa saja sama ada kepada lelaki atau wanita.

Dalam satu hadis riwayat Muslim daripada Asma' Yazid, katanya: "Bahawa Rasulullah melalui masjid pada suatu hari yang mana pada waktu itu ada sekumpulan wanita sedang duduk. Maka Rasulullah mengisyaratkan tangan Baginda sambil mengucapkan salam kepada mereka." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Ucapan salam yang mulia ini juga amat digalakkan untuk dibiasakan terhadap anak-anak kecil supaya mereka dilatih dari kecil untuk sentiasa mengucapkan salam.

Khamis, 4 Disember 2008

SUAMI YANG ISTERI SAYANG

RENUNGAN UNTUK SEMUA YANG BERGELAR SUAMI

1.Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Allah tentukan untuk anda. Ketentuan Allah adalah yang terbaik.

3. Suami misali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4.Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Allah akan turun.Senyumlah apabila sampai ke rumah.


5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?cuba ingat kembali.

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut, sekiranya anda ke luar daerah.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8.Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Allah dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan atau mengumpat semasa makan.


9. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda,ini yang suami selalu lupa,sekarang ingat semula dan amalkan .kasihan pada isteri yang buat kerja rumah sorang-sorang dari pagi sampai malam.

12. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

13.Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

14.Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji, jangan selalu mengatakan perkara negatif yang isteri tidak suka.


15. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah terutamanya pada hari-hari istimewa isteri.


Saja nak ingat semula ada yang dah tak ingat dan buat -buat lupa kerana sibuk dengan kerja dan melepak dengan kawan-kawan.

KELEBIHAN WANITA DI SISI ISLAM

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, hayatilah....

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.


2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

10.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Jumaat, 14 November 2008

OTAK DAN ZIKIR

Posted In: , . By soha

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...