Khamis, 31 Oktober 2013

KEKAL BAHAGIA

Petua untuk ibubapa kekal damai & bahagia

Untuk kekal damai dan bahagia kita mesti berhenti merungut (stop complaining) tentang tingkah laku orang lain, keadaan atau peristiwa atau apa sahaja yang membuat kita rasa tidak gembira, dukacita atau murung. Selalu kita dengar ibubapa merungut tentang tingkah laku anak-anak, tentang pasangan, tentang pelajaran anak-anak, tentang belanja yang tidak pernah cukup, tentang kerjaya, tentang kereta, tentang diri sendiri, tentang keluarga. 

Apa yang pasti, tiada sesiapa yang boleh membuat kita rasa tidak gembira, tiada keadaan yang boleh menyebabkan kita berduka atau rasa teruk melainkan diri kita sendiri yang membenarkan ia berlaku kepada diri kita. Secara mutlak kita tidak dapat mengawal semua keadaan yang di luar dari diri kita sendiri, tapi kita yang mengawal bagaimana emosi dan reaksi kita terhadap keadaan tersebut. 

Sentiasa tanamkan sifat ikhlas, tenang, berfikiran positif dan cuba elakkan prasangka negatif. Perhatikan emosi dan reaksi kita setiap masa, itu adalah langkah penting kepada kawalan kendiri yang berkesan.

Bila kita berhenti merungut bukan bermaksud kita berhenti mengambil berat tentang apa yang menjadi tanggungjawab kita. Kita masih melakukan tanggungjawab yang sama cuma dalam keadaan minda yang lebih ikhlas, positif, lebih ceria dan gembira.

"Seorang yang kukuh keyakinannya kepada Allah tidak sekali merungut atas tingkah laku orang lain" - Moinuddin Chishty (R.A.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...