Khamis, 31 Oktober 2013

APABILA AMANAH DIMUNGKIRI

27 hb. 07.2007 bercadang untuk penambahan ruangan dapur dan pemindahan kabinet . Telah memilih kontraktor yang salah agaknya. Apabila wang pendahuluan diberikan, pembinaan hanya separuh jalan aje. Sekarang hampir sebulan lebih masih belum sambung kerja-kerja pembinaan. Pelbagai alasan diberi. Hari ini tepat sebulan 5 hari.,apabila dihubungi terus mematikan telefonnya. Manusia hanya merancang Allah yang menentukan.Apakan daya dalam dunia yang global ini terdapat pelbagai ragam manusia. Hendak salahkan siapa ? Itulah dikatakan manusia . Di dunia akan terlepas penipuan dan pembohongan tetapi di akhirat akan mendapat balasan juga. Iktibar ini perlu dimuhasabah sendiri , Allah tetap akan menguji hambanya selagi mana hamba itu memikirkan tentang kekuasaan Allah. Manusia yang kerdil banyak tipu daya sama juga seperti syaitan laknatullah. Tetapi kesabaran seseorang itu membuat dirinya gelisah dan tidak tenang. Bagaimana penyudahnya wallahhualam ,buat masa sekarang masih lagi berfikir tentang anehnya perangai manusia, pandai berlakon dan bersandiwara, akhirnya sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ketanah. Sepandai-pandai manusia ada juga kepincangannya. Tak ada siapa yang kita boleh buat pengaduan hanyalah pada Yang Maha Esa. Semoga Allah akan melembutkan hatinya untuk meneruskan usahanya yang tergendala dan menginsafi perlakuannya.

2 ulasan:

  1. bersabarlah. segalanya kehendaknya. mudah-mudahan hamba Allah itu tergerak hatinya untuk menunaikan amanah yang diberi.

    BalasPadam
  2. bersabarlah. semua kehendaknya.mudah-mudahan beliau tahu amanahnya.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...