Jumaat, 24 April 2009

MISTERI PENGAIT KELAPA SAWIT JAM 12.00 TGH HARI

Khamis, 23 April 2009 Seorang jiran Pn Zarina melihat ada orang didalam hutan berhadapan Jln Impian 6,Rasa curiga dan pelik kerana melihat kelibat orang mengait kelapa sawit pada dini hari.Lantas dengan spontan mengambil gambar yang kurang jelas ini.

Pada petangnya ada terdengar berita bahawa rumah Chia Jln 9 dimasuki orang. Adakah penjenayah ini sama dengan orang yang yang dirakamkan gambar oleh Pn Zarina.

Pada hari Jumaat 24April 2009 pada waktu yang sama ada lagi kelibat orang mengait kelapa sawit. Oleh kerana waktu itu tiada kaum lelaki dirumah saya menelefon jiran-jiran memaklumkannya. Akhir sekali saya menghubungi Faizal Jln 7 untuk memaklumkannya. Ketika itu Faizal juga nak ke Masjid untuk solat Jumaat. Ikhtiar terakhir saya menelefon balai polis Kuang.

Jawapan yang diberikan sangat tidak munasabah. Biasalah orang Indon tak kira masa mereka buat kerja.Polis untuk rondaan sekarang ini tiada , mereka hanya buat rondaan jam 7.00 hingga 12.00 sahaja. Kalau puan nampak penceroboh tu masuk ke rumah pn boleh boleh hubungi kami semula. Tak apalah saya hanya menunaikan tanggung jawab untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Jadi sama-samalah kita beringat sentiasa mengunci pintu apabila keluar rumah.





1 ulasan:

  1. Sudah banyak kejadian pecah rumah, samun, kecurian dan ragut telah berlaku di Taman Impian Indah, NAMUN setelah dibuat laporan kepada pihak polis nampaknya tiada langkah yang drastik yang dibuat untuk keselamatan penduduk Taman Impian Indah. Kejadian masih juga berlaku. Jadi kemanakah aduan patut disalurkan.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...