Jumaat, 3 April 2009

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD AMIRULHAKIM BIN MOHD ROZI YANG KE 9



29 Mac 2009, Ahad - Majlis sambutan hari lahir anak ke 4 Muhammad Amirul hakim yang berusia 9 tahun .Majlis dibuat secara sederhana dan tetamu undangan terdiri daripada kanak-kanak Impian Indah yang hanya kenalan Amirul Hakim dan Muhammad Arif.Beberapa jiran tetangga Jln Impian 6 turut hadir meraikan majlis yang serba ringkas itu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Muhammad Arif. Diikuti dengan nyanyian Allah selamatkan kamu oleh kanak-kanak dan potongan kek hari lahir dan pulut kuning. Pulut kuning adalah sponser khusus dari Kak Long yang turut meraikan majlis kesyukuran pada hari tersebut.

Antara menu hidangan pada petang tersebut ialah Mee Kuah,bihun goreng,karipap,kuih muih,buah-buahan dan minuman air anggur.

Acara selingan teka-teki oleh Amirul Hakim menggamatkan suasana.Dan ketika itu hadiah diberikan kepada pemenang yang berjaya meneka dengan tepat.

Amirul Hakim berusaha bersungguh-sungguh sejak pagi mencari teka-teki melalui buku dan internet. Dan akhirnya berjaya mengumpul sebanyak mungkin teka-teki. Tetapi semuanya itu sudah ditapis oleh mamanya.

Akhir sekali terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan Amirul Hakim yang hadir pada hari tersebut.Sepuluh jari dipohon kemaafan kepada mereka yang tidak mendapat jemputan kerana buat sikit-sikit aje .Insya Allah kalau ada rezeki lebih, satu taman akan dijemput.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...