Selasa, 10 Jun 2008

PERTANDINGAN MARHABAN DAN BERZANJI PERINGKAT DAERAH GOMBAK 10 JUN 2008 BERSAMAAN 6 JAMADILAKHIR 1429

Pertandingan diadakan di Surau Ar Rahmaniah batu 7 Gombak berdekatan SK Gombak Utara. Seramai 11 sekolah mengambil bahagian .Setiap kumpulan mempunyai 9 orang peserta. Pertandingan ini merupakan pertandingan marhaban kali pertama diadakan dengan objektifnya ialah:

1. Memberi satu wadah dan peluang kepada murid untuk terlibat dengan aktiviti ko ko.
2. Memperkuat dan mengembalikan penghayatan murid kepada budaya melalui aktiviti ko ko
3. Mendedahkan salah satu cabang kesenian Islam dan memperkenalkan kembali seni marhaban dan kompang solawat kepada murid-murid sebagai satu medan dan method dakwah.
4. Melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput jati dirinya dan tinggi akal budinya.
5. Mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang agar tidak luput di telan zaman.




Majlis dirasmikan oleh
Ustaz Umar bin Muhammad ,
Ketua Unit Pendidikan Islam dan Moral,
Pejabat Pelajaran Daerah Gombak,Selangor

Tempat pertama SMK Agama Rawang
Tempat kedua SMK Ideal Hight.
Tempat ketiga SMK Sri Kundang

Tahniah diucapkan kepada sekolah yang menang dan bagi sekolah yang kalah jangan putus harapan kerana pada tahun hadapan kita bertanding lagi.
SMKBBSB mendapat tempat ke 6 dari 11 kumpulan.
Kepada murid SMKBBSB yang mengambil bahagian ,syabas dan tahniah diucapkan kerana berusaha bersungguh-sungguh dan menjalani latihan dengan tekun.
Majlis bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.30 tengahhari.



2 ulasan:

  1. ummm sian diowang tu dah praktis beriye2 dah.....lagi2 nabila ngan nabilah tu.....at least diowang dapat la pengalaman ;D

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...