Isnin, 2 Jun 2008

BALIK KAMPUNG---BERCUTI PADA 24 MEI HINGGA 1 JUN 2008




Kenduri rumah Abang Ya
Kangkong,Simpang Empat.
Amirul Hakim di Kobah,Pendang
Bertolak dari Sg Buloh jam 10.30 pagi sampai di Kobah Pendang jam 5.00 pm.
Rehat seketika rumah mak mertua dan bertolak ke hotel UUM. Selepas maghrib bertolak ke rumah kakak untuk majlis kenduri anaknya Nurulhuda dengan Yazid .Kedua-duanya guru dari Johor. Rombongan dari Johor datang ke Bukit Tangga dengan sebuah bas yang disewa khas.Majlis kenduri kahwin sungguh meriah kerana semua sanak saudara berkumpul. Malam balik tidur dekat hotel kerana rumah kakak ramai tetamu.
Hari Isnin pergi majlis kenduri biras Mustafa di Sg Tiang. Hari Selasa rehat dirumah mak mertua dan bersiap sedia untuk gotong royong masakan kerana pada malamnya mak buat kenduri arwah nak sambut menantu baru dan tahlil arwah untuk adik apar. Hari Rabu sibuk mengemas perkakas dan mengemas rumah. Badan terasa amat penat tetapi hati gembira kerana semua majlis berjalan lancar. Hari Khamis pergi majlis kenduri biras Mustafa di Majapahit, Pendang untuk meraikan pengantin sebelah lelaki pula. Balik ke rumah ada berita menyedihkan kerana mak ditimpa kemalangan buah kelapa jatuh di atas kepala. Kami bergegas ke klinik berdekatan dan menerima lima jahitan. Alhamdulillah darahnya dah berhenti, kalau tidak tak tahu apa kan jadi. Hari Jumaat pergi kenduri rumah Pak Ngah Man ,Tobiar ada kenduri arwah,korban seekor lembu.Hari Sabtu ada lagi kenduri perkahwinan rumah sepupu abang Ya di Kangkong, Simpag Empat. Aduhai.......penatnya bercuti macam ni asyik makan kenduri aje tak de rehat langsung. Hari Ahad bertolak balik ke Sungai Buloh. Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat.




Di hotel UUM




Di hotel UUM






Bergambar bersama
Mustafa dan isterinya
Zaiton

Bersama sepupu Abang Ya,mak dan ayah serta sepupu lain




Nurul dan Yazid bersama
ibu masing-masing





1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...