Sabtu, 6 Oktober 2012

MAJLIS KHATAM AL QURAN,SOLAWAT DAN BERZANJI

Alhamdulillah bersyukur sangat dapat melaksanakan aktiviti muslimah yang tertangguh ini.Majlis yang dirancang sejak Ogos tertunda beberapa kali kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.Sambutan daripada Muslimah TII agak sederhana.Bilangan penyertaan hanya sekitar 30 orang sahaja.Walaubagaimanapun diucapkan berbanyak terima kasih kepada AJK yang terlibat kerana dapat menjayakan aktiviti surau dan taman.
Kepada pihak surau jutaan terimakasih kerana membenarkan kami menggunakan ruang surau dan terpaksa membatalkan kuliah Dhuha yang tak pernah miss itu. Bagi kami pihak Muslimah ada hak juga untuk menggunakan surau kerana nak tunggu surau kosong dari aktiviti rasanya tidak pernah wujud lagi.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Pengerusi Muslimah,ucapan kata alu aluan oleh penasihat Muslimah Mak Cik Nap,bacaan ayat-ayat suci oleh Pn Aisyah Sulaiman dan bacaan al Quran oleh peserta-peserta khatam seramai 8 orang.Kemudian disusuli bacaan doa khatam al Quran dan solawat serta zikir munajat yang dipimpin oleh Pengerusi Muslimah.
Terima kasih kepada ahli jemaah yang membawa makanan dan minuman dari rumah dan alhamdulillah kita dapat menikmati makanan dan juadah yang enak-enak pada hari ini.
Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada peserta Khatam al Quran dan jamuan makan.
Terima kasih kepada AJK yang terlibat:
Pengacara majlis : Pn Hjh Norziah Zakaria
Jamuan: Pn Baidah Md Salleh,Pn Rohani dan Pn Rosnani
Persedian tempat: Pn Arbaiyah dan Pn NurulNahariyah
Pendaftaran: Pn Nor Mazsharizan dan Pn Zarina Ahmad.
Minuman : Pn Norhayati Sharif.
Jurufoto: Pn Rohaya Salleh
PA Sistem dan Cenderahati : Pn Nafishah Nan

Peserta-peserta Khatam al Quran : Pn Azizah Mohd Sharif,Pn Napsiah Ali Ishak,Pn Asma Dawi,Pn Rosnani,Pn Roslina Mohammad,Pn Baidah Md Salleh,Pn Norhayati dan Pn Nafishah Nan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...