Isnin, 20 Disember 2010

BUBUR ASSYURA MUSLIMAH TAMAN IMPIAN INDAH 19 DEC 2010

Hari ini persepakatan Muslimah Taman Impian Indah menjalankan satu aktiviti untuk mengeratkan silaturrahim sesama ummah.Majlis mengacau bubur assyura untuk kali ke 2 di taman ini telah diadakan pada 19 hb 12 bertempat di hadapan rumah Mak Cik Nap Jalan 5.Kutipan telah dibuat sebanyak rm 10.00 setiap seorang.Antara Muslimah yang menyertai program ini ialah Pn Nafishah Nan, Shamsiah,Zaimah,Napsiah,Siti Rusnah,Arbaiyah,Aishah,Roslina,Lahmin,Azizah sarip,Rofizah,Baidah,Yati,Nyaros,Zarina,Ummi,Junita,Zainon jln 7,Zainon jln 5,Azwa,Boy,Norziah,dan Nora Akmal. Antara mereka yang tidak hadir pada majlis tersebut ialah Zarina,Norziah dan Zainon jln 7.kawah besar dipinjam dari rumah Rozita,dapur dan tungku dipinjam dari rumah Pak Ali.
Acara bermula jam 9.40 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.Resepi bubur assyura ialah 15 beg tepung beras,2 beg tepung kastad,18 biji kelapa,3 beg gula,garam,2 kilo kacang tanah,2 kilo kacang hijau,1 kilo kacang kuda,5 tin jagung,3 kilo ubi keledek, 3 kilo pisang berangan.
Bilangan yang menyertainya seramai 23 orang semuanya.Jumlah kutipan rm 230.00.
barang-barang yang dibeli sebanyak rm 175.00.Untuk minuman dan makanan semasa gotong royong rm 20.00 karipap dan rm 30.00 roti canai.Jumlah keseluruhan perbelanjaan ialah rm 225 dan baki yang tinggal ialah rm 5.00.Semoga semua akan berpuas hati dengan program yang dianjurkan.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...