Selasa, 12 Oktober 2010

Program Tahsin Solat dan Jamuan Hari Raya Persatuan Agama Islam dan Kelab Pencegah jenayah

Sabtu,2 Oktober 2010 jam 8.00 - 12.30
Program tahsin solat diadakan bertujuan memberi perhatian khusus kepada pelajar yang belum menguasai bacaan dalam solat sepenuhnya. Seramai 30 pelajar yang terdiri daripada Tingkatan 1 dan 2 terlibat dalam program ini.Semua peserta dibantu oleh fasilatator dari Tingkatan 4 SMKBBSB.
Setelah selesai aktiviti dijalankan,peserta dijemput bersama-sama ahli persatuan Agama Islam dan Kelab Pencegah Jenayah menjamu selera dikantin sekolah sempena jamuan akhir tahun dan sambutan Aidil Fitri .Menu dihidangkan dengan nasi jagung,daging masak hitam, acar,nasi tomato dan ayam masak merah.Pengerusi majlis pada hari tersebut ialah Nur Najeeha dari 2N.Ucapan disampaikan oleh Ustazah Wan Mariam Wan Adam sebagai penasihat Persatuan Agama Islam,Pn Nafishah sebagi guru penasihat KPJ,Mohd Amin selaku pengerusi PAI,Nur Tania wakil KPJ.Turut hadir bersama Ustaz Jefri,Pn Siti Zaiton dan Ustazah Habsah.
Semua fasilatator diberi cenderahati sebagai ucapan terima kasih pihak sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...