Isnin, 9 Mac 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H- WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH -










Isnin,12 Rabiulawal 1430H bersamaan 9 Mac 2009 Jam 8.00 pagi,bertempat di Surau Al-Iman Taman Impian Indah dan Kafa Integrasi Impian Indah.


Majlis sambutan maulidur rasul disambut dengan meriah oleh penduduk-penduduk Taman Impian Indah dan Taman Matang Jaya .

Acara bermula dengan perarakan dan bersolawat beramai-ramai sepanjang Jalan Impian 4,Jalan Impian 6,Jalan Impian 12 dan di dataran Ilmu sekolah Agama KAFA.

Kaum Muslimah berpakaian hijau putih berseri-seri mengatur langkah bersolawat dan menghayati hari keputraan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Di sekolah agama acara diteruskan dengan marhaban oleh kanak-kanak tahun 5 dan 6.

Penceramah jemputan Yang Berusaha Ustaz Hj Mohd Nazmi Abdul Karim telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Mencontohi kegigihan sahabat rasulullah s.a.w. Salman Al- Farisi.

Hujan mulai turun apabila ustaz memulakan ceramahnya. Walaubagaimanapun hujan ini merupakan saksi kepada kita semua dalam menyambut hari kelahiran rasululullah s.a.w. Bahkan Abu Lahab yang gembira dengan kelahiran nabi, telah diberi syafaat diakhirat sebulan sekali akan keluar untuk meminum susu dari syurga kerana meraikan kelahiran nabi.begitu mulianya apabila kita mengagungkan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w


Bapa Salman merupakan orang ternama pada masa itu yang tinggal di Kampung Isfahan..Salman merupakan anak tunggal malah merupakan anak kesayangan bapanya. Oleh itu dia tidak dibenarkan keluar rumah untuk bergaul dengan masyarakat persekitarannya. Tugasnya hanya menjaga api sembahan Majusi.Suatu hari bapanya menyuruh Salman untuk pergi ke kebun dan memungut hasilnya.Dalam perjalanan dia singgah di sebuah gereja nasrani dan berminat untuk mengetahui ajaran yang disampaikan oleh padri. pada masa itu mereka mengikut ajaran Nabi Isa. Manakala Salman pengikut ajaran Majusi iaitu menyembah api.apabila pulang dari rumah Salman dirantai oleh bapanya dan tidak dibenarkan keluar dari rumah. Dengan pertolongan padri ia dapat melarikan diri.



Salman berguru dengan lima orang guru dan semua gurunya meninggal dunia sebelum dia menghabiskan pelajarannya. Gurunya yang terakhir yang berpegang dengan kitab Taurat dan Injil telah menceritakan akan muncul seorang Nabi akhir zaman dan mempunyai tiga tanda kenabiannya.
Diantaranya


1.Nabi tidak merima sedekah dan menerima hadiah,kerana sedekah merupakan perkara yang hina dan layak di berikan kepada orang yang tidak berkemampuan.

2.Di bahu belakang nabi ada tanda kenabian akhir zaman.











Akhirnya dengan kesungguhan dan ketabahan yang ditunjukkan oleh Salman beliau dapat bertemu dengan Nabi s.a.w.

Begitulah cerita dan ceramah yang disampaikan pada hari tersebut.


Suasana yang riuh rendah dan hingar bingar menyebabkan ceramah tidak dapat didengar dengan jelas.

Dalam ayat al-quran yang bermaksud Apabila manusia diberi peringatan dan tazkirah tentang ayat-ayat al-quran ,akan datanglah syaitan dan iblis menggoda manusia supaya keadaan menjadi riuh dan tidak mendengar apapun yang disampaikan,sehinggakan manusia tidak mendapat apa-apa manfaat pun,kecuali orang-orang yang beriman dapat melawan godaan syaitan .begitu lah terjadinya pada majlis kita.


Untuk renungan kita juga ,tujuan kita menyambut maulidurrasul adalah untuk memperingati Rasululullah dan bersolawat . Dalam majlis solawat kita sepanjang jalan, al maklumklah muslimah dibelakang tak dengarpun imam didepan bersolawat,mungkin jarak yang agak jauh dan pembesar suara yang perlahan. walaubagaimanapun Muslimah tetap bersolawat dengan penuh bersemangat. tetapi kasihan pula kakak dan mak cik kita ni sepanjang jalan dia bercerita perkara yang kurang bermanfaat dari mula sampai ke destinasi. Apa tujuan nya dia menyertai perarakan tak tahulah.

Insya Allah tahun depan sebelum kita memulakan perarakan ,kita perlu ada sedikit taklimat dan tazkirah pendek supaya kita faham mengapa kita perlu bersolawat dan yang penting nawaitu.

Setelah selesai ceramah pihak pengurusan telah menyediakan makanan tengahhari nasi briani Pak Ali. Malangnya nasi yang dibungkus tidak mencukupi dan ramai yang tidak dapat menjamu selera. Nak buat macammana tak ada rezeki, terpaksalah balik masak nasi kat rumah.Insya Allah tahun hadapan kita kena budjet lebih sikit.

Kepada semua AJK Muslimah dan AJK surau Al-Iman tahniah diucapkan kerana dapat menyumbang bakti menjayakan majlis yang cukup meriah dan memberi manfaat untuk kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...