Isnin, 9 Februari 2009

TAHNIAH DAN SYABAS AJK MUSLIMAH YANG DILANTIK 2009

Hari ini 9 Februari 2009 Isnin jam 9.00 pagi bertempat di Surau Al-Iman ,diadakan perjumpaan Muslimah ,Pertamanya diadakan majlis ceramah khusus untuk kaum ibu yang bertajuk Peranan Muslimah Solehah dalam membentuk generasi cemerlang.Ceramah disampaikan oleh Ustazah Suziyani Che Wan.Intipati daripada ceramah tersebut ialah bagaimana seorang ibu boleh melahirkan generasi yang cemerlang untuk umat islam kini.

Pertamanya seorang ibu perlu menjaga solat dengan sempurna dan disusuli dengan solat-solat sunat terutamanya solat sunat dhuha .

Keduanya menjaga aurat wanita,kaum wanita di Taman ini alhamdulillah setakat ini kita lihat aurat mereka terpelihara dengan baik,oleh itu sama-samalah kita memberi teguran untuk anak-anak TII ini supaya menjaga tatasusila sebagai umat islam yang dicontohi oleh kaum lain,malah dihormati dan dimuliakan kerana agama kita.

Ketiga bagaimana kita mendidik anak-anak sejak kecil lagi dengan adab islam yang sempurna,pergaulan,persekolahan dan pengajian mereka.
Sambutan daripada Muslimah amat menggalakkan ,seramai 34 orang jamaah telah memenuhi ruang surau.Alhamdulillah perkembangan yang baik daripada kaum wanita taman ini.

Setelah selesai ceramah diadakan pula Mesyuarat Agung Muslimah 2009.hari ini AJK 2008 telah dibubarkan dan perlantikan AJK baru bermula.


Pn Suziyani penceramah di Taman II yang berkebolehan memberi idea-idea yang berguna untuk dikongsi bersama.

Mak Cik Nyaros,Mak Cik Napsiah,Pn Asma dan Pn zarina kusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.
Pn Rohana,Pn Roshanita ,Pn Rofizah dan Pn Zainon turut serta.


Persepakatan Muslimah melambangkan keutuhan budaya kejiranan TII.



Kerusi AJK 2008 dikosongkan menanti kedatangan AJK baru,Pn Fariha mengumumkan perletakan jawatan AJK 2008.


Pengerusi baru 2009 Che Normasharizan Mazlan yang sanggup memegang amanah yang dipertanggungjawabkan.Pn Nurul sebak dan terharu apabila dilantik sebagai naib pengerusi Muslimah.Pn Baizura selaku setiausaha baru.

Pn Zaimah ,selaku bendahari tetap mencadangkan AJK 2009 terdiri dari surirumah ,kerana perihatin dan simpati kepada kawan-kawan yang bekerja.


Majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang dibawa sendiri oleh peserta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...