Ahad, 25 April 2010

Latihan Akidah Tingkatan 2

BAHAGIAN AQIDAH

PELAJARAN 12 : KESAN BERIMAN KEPADA ALLAH

  1. Terangkan pengertian Tauhid ?

Tauhid ialah : Mengesakan Allah S.W.T., iaitu tidak menyamakan Allah dengan sesuatu.

  1. Nyatakan pengertian beriman kepada Tauhid Rububiyaah , Uluhiyah , Asma' Wa-Sifat.

Pengertian beriman kepada Tauhid Rububiyaah ialah

Meyakini bahawa hanya Allah S.W.T. yang mencipta , memiliki, menguasai, mentadbir, memelihara & memerintah sekalian alam

  1. Pengertian beriman kepada Tauhid Uluhiyah ialah

Meyakini bahawa hanya Allah S.W.T sahaja yang berhak disembah, dibadati, dipatuhi,

diminta pertolongan, digeruni & dicintai.

  1. Pengertian beriman kepada Tauhid Asma' Wa-Sifat ialah

Meyakini bahawa hanya Allah sahaja yang memiliki nama- nama yang indah & sifat yang sempurna dengan mensucikan Allah daripada segala sifat kekurangan & sifat yang boleh menyerupai makhluk

  1. Terangkan tiga kesan beriman kepada Rububiyah & Uluhiyah Allah dar aspek perbuatan

Kesan beriman kepada Rububiyah & Uluhiyah Allah dar aspek perbuatan ialah

Ø Beramal utk memperolehi kebahagiaan di dunia & kesejahteraan di akhirat.

Ø Berkasih sayang sesama ahli dalam masayarakat

Ø Berusaha membina tamadun berasaskan syariat Islam

  1. Huraikan kesan beriman kepada Tauhid Rububiyah & Uluhiyah dari aspek perkataan,penampilan & pemikiran?

Kesan beriman kepada Tauhid Rububiyah & Uluhiyah dari aspek perkataan ialah

Ø Bercakap benar

Ø Sering menyeru kpd kebaikan & mencegah kemungkaran

Ø Sentiasa berzikir memuji Allah

Kesan beriman kepada Tauhid Rububiyah & Uluhiyah dari aspek pemikiran ialah

Ø Berfikiran terbuka & banyak pengetahuan

Ø Yakin dgn kebolehan diri sendiri

Ø Berfikiran positif

Kesan beriman kepada Tauhid Rububiyah & Uluhiyah dari aspek penampilan ialah

Ø Berani berkata benar demi mencari & menegakkan kebenaran

Ø Merendah diri & tidak sombong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...