Isnin, 18 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU 18 MEI 2009 / 23 Jamadil Awal 1430 PERINGKAT SEKOLAH

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA ,Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru seluruh Malaysia,khususnya guru-guru di SMK Bandar Baru Sg Buloh,SMK Kepong dan SMK Padang Tembak KL.

Terima kasih kepada kawan-kawan dan pelajar-pelajar yang menghantar SMS hari Guru buat diriku ............di antaranya Nurul Huda,Zaimah,Hasnah Hamzah,Hidayat, Surati, Siti Zaiton,K..Jumaiyah,Mad Noor,Ina Kamis,T. Norseha,Herniza,Nabilah,Habsah,Fatma,Kak Sham dan Ewa Kelantan.

Antara kandungan sms mereka.....

Moga-moga Allah jadikan subuhmu cahaya,
Zohormu gembira,asarmu bahagia,
Maghribmu keampunan,Isyakmu keberkatan
Dan dibuka padamu pintu syurga tanpa sempadan
Atas segala jasamu sebagai pendidik
Doa kepada seorang pendididk. ..........Hasnah Hamzah


Guru dalam ajarmu ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawa ada mesranya,
Dalam diam ada bijaksana,
Berbahagialah menjadi guru. ............surati

Guru kekal sebagai guru,walau berzaman ditelan waktu,walau telah ramai bejaya muridmu, guru tetap di takuk itu, namun percayalah para guru,jasamu tetap terpahat terpaku dilubuk hati anak didikmu,walau emas jadi tandinganmu,kau tetap teratas dan nombor satu.
........k. Jumayah

Sinaran mentari tak selamanya menyeri,ada ketikanya cahaya umpama yang menerangi kegelapan malam, namun masih terbit cahaya keramat yang tidak akan padam selamanya, murid lahir datang dan pergi,lahirnya guru terukir indah potret kehidupan masyarakat segenap alam ,guru ibarat cahaya keramat yang tidak pernah padam daripada kamus kehidupan manusia, kamu sangat bermakna dan berjasa dengan bekalan ilmu mu sepanjang hayat, sentuhan keramat mu telah menghidupkan satu lagi nur dan roh pemimpin agama bangsa dan negara................md nor

Berburu di padang datar, dapat rusa berbulu kaki,berguru kepalang ajar ,bagai bunga kembang tak jadi......................ina kamis

I can appredate coffee without susu
nights without lampu
curry without lembu
burgers without keju
but not school without guru.........nabilah

The best teaching done by the best teacher and the best teacher do all best things.....fatma

Banyak dapat bunga ?Tanda tugas guru mengharumkan dunia.
Dapat pen?Tanda guru bijak melakar kata.
Dapat pemadam ? Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta.
Dapat mesej ? Tanda guru diingati.
Dapat coklat? Tanda guru suka didampingi.
Dapat cemuhan ? Tanda guru insan yang sabar dan dan akan sentiasa dirahmati Allah.....................Zaimah dan Nurul Huda Hayati

Guru dalam ajarnya ada harapan
dalam tegurnya ada doa
dalam marahnya ada sayang
dalam tawanya ada mesra
dalam diam ada bijaksana
dalam tangannya kita terbina
berbahagialah menjadi guru
dengan luhur mengajar tulis baca
terima kasih cikgu................................Kelab guru SMKBBSB












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...