Sabtu, 30 November 2013

BIRTHDAY ARIF KE 17









BERKUMPUL ADIK BERADIK PADA 24.11.2013

\\\\
Berkumpul adik beradik dan saudara mara di Cheras Bharu 
Dapat bertukar pendapat dan bertanya khabar 
Memasak secara gotong royong bubur Asyura Kedah
Makan tengahhari bersama.Alhamdulillah.





Jumaat, 29 November 2013

BELAJAR BAHASA ARAB BERSAMA USTAZ ABU SAAD MASRAN

GROUP AN NADI AL LUQHATI ARABIAH BBSB

1.SITI FATIMAH  JAOS- CHERAS JAYA- UMUR 42 TH- BANK ISLAM -ASAL KLANG -BERCUTI KE PENANG-
2.SITI RAUDAH-BANDAR BARU KLANG-asal KG BESAR SABAK BERNAM
3.UMMI PUSPA- KELANA JAYA-
4.NORLIDA - 52 TH - BBSB-ANAK KUALA KUBU ( BELAJAR )-ANAK 6 ORANG
5.NURHAFIZAH RAMLI - 30 TAHUN -BANDAR TUN RAZAK CHERAS-PNDAH SEMENYIH
6.EMMA KADIR-KAJANG
7.NOREHA-BBSB-DAUD-
8.BEE NAZURA-ANAK 8 ORANG- ANAK TAHFIZ KAT BALIK PULAU- GURU AL QURAN


TAMANKU YANG INDAH BERMUSIM

 Takkala ibu memakai skirt colourful dua orang anak bujang selalu menegur,tak cantik la mama...Dua-dua orang mengomen benda yang sama...kain tu lg.Terus my hubby mencelah belum si Abang no 2 lagi tengok.Itu lg banyak komennya. Dulu ibu yang memilih warna,tema pakaian utk ahli keluarga.Bila dah besar panjang pakaian ibu pula jadi pilihan mereka.maklumlah ramai anak bujang.Apa2 pun banyak mengomen tu maknanya idea sangat kreatif dan mengambil tahu hal persekitaran.
Nak minum tea waktu petang pun tak berteman ,petang lesap anak2 bujang main bola.Terpaksalah ajak kawan-kawan dan jiran-jiran utk menjamu tea jika perlu.Nak tunggu hubby hujung minggu,Tapi sibuk pula dengan aktiviti-aktiviti luarnya.Tinggallah kerusi meja di situ tanpa berteman.




Ahad, 24 November 2013

BUBUR ASYURA MUSLIMAH 23.11.2013 SURAU AL IMAN TAMAN IMPIAN INDAH

Resepi Asyura Utara

3 paket tepung beras beras
2 paket tepung jagung
2 paket tepung kastad
1 kilo gula merah
3 kilo gula pasir
4 kilo santan
1 kg kacang hijau .kacang tanah.kacang merah
4 tin jagung
3 kilo keledek


Resepi bubur lambuk

5 kilo beras
3 kilo daging
udang basah/kering
santan 3 biji
halia
daun bawang
harba
kacang tanah
rempah sup





Persepakatan Muslimah Taman Impian Indah dalam menjayakan aktiviti Surau amat dibanggakan.Setiap aktiviti dilakukan secara teamwork. Alhamdulillah acara mengacau bubur asyyura dua tahun sekali dapat dilaksanakan dengan jayanya.Mereka yang hadir ialah Pn Roslina,Cik Nap,Wawa,Zarina Arbaiyah,Aishah,Mulian ,Sarah,Kak Bedah,Kak Nab dan Norziah.

Pada malamnya bubur dijamu kepada ahli jamaah surau dan remaja-remaja Surau yang hadir mengikuti aktiviti remaja.

Khamis, 21 November 2013

ULAMAK BAGI HUKUM .RAMAI TAK KISAH.


GURU BAHASA ARABKU ABU SAAD MASRAN




انا الآن مشغول بالكلام مع الإخوة
بواسطة
whatsap كأني بالذروة
جاؤوا إليّ لتعلم اللغة وهم كصفوة
أرى إرادتهم للعربية قاموا بصهوة

أواجههم وأكلمهم بالكلام بكل قوة
والتعليم لهم فرحة لي مع الشهوة
قد اعطاه الله إياي كحب للنسوة
وللبيان مهما صعب أذوق بحلاوة

يتفتح عقلي بالعربية كشرب قهوة
وهذا بفضل الله عليّ بكلام النبوة
وبها أقص لهم القصص كالغزوة
وأشجعهم كي يخرجوا من كسوة

وهي الحياء يغطى قومي للصهوة
لذا قلوبهم الان للعربية فى قسوة
لو حصلوها لَتقدموا خطوة خطوة
اذًا لا بد لإزالته يحتاج الى الدعوة



أكلمهم و أُسمعهم العربية كأسوة
ثم أَسمع منهم لكي يُذهب بغبوة
ليت مليزيا تصير عربية وهي منوة
بها يزداد لنا البركة ويزداد الثروة
Top of Form
Bottom of Form

Isnin, 18 November 2013

JAGALAH HATI PASANGAN ANDA

FAKTA MEMELUK ISTERI

Wajah-wajah akhir 40 an 



Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Isnin, 11 November 2013

BUKIT TINGGI 27.10.2013






JALAN-JALAN MEREHATKAN MINDA BERSAMA ORANG TERSAYANG









PETUA KELUARGA BAHAGIA 
keluarga bahagiaTanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
  • Mental, pendidikan dan ilmu
  • Emosi
  • Fizikal dan ekonomi
  • Sosial
  • Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
  • Pendapat atau pandangan
  • Hobi
  • Kegemaran
  • Makanan
  • Cita rasa
  • Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...