Sabtu, 21 Mei 2011

KENANGAN GURU-GURU DISIPLIN SMKPT KUALA LUMPUR 2001




Kanan sekali Pn Jumaiyah ( telah bersara Feb 2011 ) penulis blog,Pn Habsah ( PK Kurikulum ,bersara )Allahyarhamah Pn Rohani ( Pengetua )En Abdul Samad ( PK HEM berpindah)En Kassim ( masih kekal di SMKPT ) En Zaihurin,En Mohd Zain ( telah berpindah )

Gambar telah dipos daripada anak murid melalui FB.

Khamis, 5 Mei 2011

DISEBALIK UJIAN ITU ADA HIKMAHNYA

28 April 2011-Khamis jam 11 am
Musibah dan dugaan daripada Allah untuk menguji hambanya yang dhaif .Baru sedikit ujian,sekecil ini ujiannya membuatkan diri mengelabah dan panik.
Ceritanya agak panjang untuk diungkapkan,kejadian berlaku dengan tiba2....iaitu tercekik tulang ikan.Maklumlah pada usia begini gigipun dah tak kuat lagi,macammana boleh makan nasi tercekik tulang pula,teramat panik kerana ini pertama kalinya dalam sejarah hidup.Tulangnya agak besar juga kerana ikannya agak besar.Tel my hubby minta pendapat,katanya pergi je klinik.Bergegas ke klinik negara,malangnya tak ada alat untuk melihat dan mengeluarkannya.Doktor bertanya dah ke buat cara tradisional dengan mengepal nasi dan makan pisang.Ye dah cuba tapi makan pisang belum lagi.Sakit ke?Ye nak telan air liur pun terasa sakit.tak pe saya bagi surat pergi rujuk ENT hospital Sg Buloh.
Singgah sebentar di sekolah nak minta Pn Ainul buat relief untuk beberapa waktu,Setelah mendapat kebenaran menuju pula ke hospital Sg Buloh terus jumpa Dr.
Check dua tiga kali tak nampak apa2 pun,masukkan kamera melalui hidung pula nak tengok kat mana tersekat tulang tu,tak nampak juga,terus pergi kebilik xray pun tak nampak....Dr pun kata pelik juga,ada tapi tak nampak...w/bagaimanapun disaran balik dulu dan ambil ubat kmd dtg semula pada hari Selasa 3 Mei...malangnya nak gi farmasi tepat jam 5.30 dah ditutup apa lagi...tunggu esok pula..
Balik ke rumah dengan hati yg kecewa..terus buka kitab cari doa2 mustajab..akhirnya terjumpa perubatan asSyifa dekat internet baca doa Inna Fatahna....dan tiup pada air zam2 dan minum,insyaAllah berkuranglah sikit kesakitan tu.Tidur malam dengan membanyakkan istiqfar agar Allah sahaja yang boleh menyembuhnya.Malam mimpi yang sangat aneh sepupu yang meninggal dunia hampir 20 tahun datang membawa ubat.Keesokkannya cerita pada suami mimpi pelik itu...katanya ubat macam mana dia bawa? Ubat tu jenis tembak dalam mulut...suamipun menunjukkan ubat yg baru dibelinya dari Iman Ghani ubat spray minyak habattussauda..minyak ni digunakan ketika lengguh2 badan..Dengan Surah al fatihah dan solawat buat macammana mimpi mlm tadi....Ketika itu juga jiran sebelah datang memberi satu doa ...katanya doa ini bagus juga untuk orang tercekik tulang, bunyinya agak kelakar tapi demi perubatan amal lah juga...HAI KAYU MENDANG PETANI,BUKA TUTUP BUKALAH ENGKAU,TAHAN NADI HALAU NADI,TAWAR BISA TULANG IKAN DENGAN BERKAT DOA LAILAHAILALAH.pelikkan bunyinya....mungkin jampi org dulu2.
Tepat jam 7.30 berdiri terpacak dekat farmasi orang yg ketiga beratur nak ambil buat di HSB.balik ke rumah singgah depan Kedai,berborak dengan member...sambil mencerita apa yg berlaku...apabila nak pulang dia tanya siapa nama Ibu ?Kenapa? kata saya..tak de apa2 nanti saya solat hajat untuk sembuhkan penyakit awak...Subhanallah itulah sahabat yang selama ini kita cari sanggup menolong kawan dengan ilmu yg dimilikinya..alhamdulillah..susah nak cari kawan sepertinya dlm dunia moden ni.
Sesudah 3 hari kejadian, bangun pagi alhamdulillah semua keadaan pulih macam sediakala...bersyukur pada Ilahi kerana memberi sedikit ujian tetapi mendapat banyak ilmu dan manfaat daripada kejadian tersebut....Oleh itu temu janji dengan Dr pada 3 Mei dibatalkan kerana Allah Maha Kuasa Menyembuh penyakit hambanya..amin.

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD AKMAL 1 MEI 2011





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...