Ahad, 25 April 2010

Latihan Tilawah Tingkatan 2

BAHAGIAN TILAWAH AL-QURAN
PELAJARAN 2 : ILMU PENYULUH KEHIDUPAN
KEFAHAMAN AYAT 18 SURAH ALI IMRAN
  1. Nyatakan pengertian ilmu?
Pengertian ilmu ialah Dari segi bahasa ialah : Pengetahuan
Dari segi istilah ialah : Pengetahuan sebenar terhadap sesuatu perkara.
  1. Jelaskan kelebihan orang berilmu.
Kelebihan orang berilmu ialah
Ø Dapat mengenal Allah
Ø Dapat menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.
Ø Dapat beribadat dengan lebih sempurna
Ø Senang mendapat pekerjaan
Ø Dihormati masyarakat.
  1. Terangkan peranan ilmu dalam kehidupan?
Peranan ilmu dalam kehidupan ialah
Ø Dapat menguasai kemahiran dalam pelbagai bidang
Ø Memudahkan interaksi dalam kehidupan
Ø Membina kemajuan negara
  1. Nyatakan ciri- ciri orang berilmu?
Ciri- ciri orang berilmu ialah
Ø Ikhlas.
Ø Tawaduk.
Ø Beramal dengan ilmu.
Ø Berkeyakinan diri.
Ø Menyebarkan ilmu.
Ø Menyelesaikan masalah.
  1. Jelaskan martabat orang berilmu disisi Allah ?
Martabat orang berilmu disisi Allah ialah
Ø Ditinggikan darjah di sisi Allah.
Ø Dihormati oleh masyarakat.
Ø Dapat mengelakkan diri dari melakukan perkara yang tidak baik.
Ø Boleh membezakan perkara buruk dan baik.
Ø Bahagia di dunia dan di akhirat.
Ø Mendapat kedudukan yang baik dalam masyarakat.
  1. Apakah akibat orang yang tidak berilmu?
Ø Berfikiran sempit dan bertindak melulu.
Ø Sukar mengurus kehidupan.
Ø Hidup dalam keadaan susah
Ø Tidak dapat membezakan buruk dan baik.
Ø Tidak dihormati oleh masyarakat.
Ø Rugi di dunia dan di akhirat.
  1. Terangkan pengajaran ayat di atas ?
Pengajaran ayat di atas ialah
Ø Ilmu pengetahuan amat penting kepada setiap individu muslim untuk mengenal Allah SWT.
Ø Kewajipan menuntut ilmu berterusan sepanjang hayat.
Ø Masyarakat dapat mencapai kemakmuran hidup di dunia dan di akhirat dengan menguasai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.
Ø Masyarakat bukan Islam memandang tinggi kepada umat Islam yang berilmu.
BAHAGIAN TILAWAH AL-QURAN
PELAJARAN 3 : MENGINSAFI KEKUASAAN ALLAH SWT
KEFAHAMAN AYAT 26 SURAH ALI IMRAN
  1. Berikan maksud kuasa pemerintahan ?
Maksud kuasa pemerintahan ialah kerajaan.
  1. Berikan maksud Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan ?
Maksud Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan ialah Yang memiliki kuasa
sepenuhnya.
  1. Senaraikan tiga tanda kekuasaan Allah yang terdapat dalam ayat ?
Tanda kekuasaan Allah yang terdapat dalam ayat ialah
Ø Allah memberi kuasa pemerintahan kepada kepada siapa yang dikehendaki.
Ø Allah akan mencabut kuasa pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki.
Ø Allah memuliakan kepada siapa yang dikehendaki
Ø Allah menghinakan kepada siapa yang dikehendaki
Ø Allah berkuasa ke atas setiap sesuatu.
  1. Senaraikan empat sebab manusia dimuliakan ?
Empat sebab manusia dimuliakan ialah
Ø Beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.
Ø Berdoa dan bertawakal di samping berusaha.
Ø Berbuat baik sesama manusia.
Ø Berusaha bersungguh-sungguh ke arah kebaikan.
  1. Senaraikan empat sebab manusia dihinakan?
Empat sebab manusia dihinakan ialah
Ø Tidak melaksanakan perintah Allah SWT.
Ø Melanggar larangan Allah SWT.
Ø Tidak menjaga hubungan baik sesama manusia.
Ø Malas berusaha dan tidak mahu berubah.
  1. Bagaimana cara menghargai nikmat yang Allah kurniakan ?
Cara menghargai nikmat yang Allah kurniakan ialah dengan
Ø Menggunakan nikmat dengan cara yang betul mengikut syariat Islam.
Ø Melakukan kebaikan dengan nikmat yang diperolehi dan dimiliki.
Ø Menghargai dan memanfaatkan alam sekitar dengan sebaik-baiknya.
Ø Memelihara alam semulajadi dengan sebaik-baiknya.
Ø Memulihara alam sekitar yang rosak supaya tidak musnah dan pupus.
Ø Berusaha mempertingkatkan kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan Negara.
  1. Apakah akibatnya tidak menghargai nikmat Allah ?
Akibatnya tidak menghargai nikmat Allah ialah
Ø Kehidupan menjadi sia-sia
Ø Menjadi makhluk perosak yang dibenci Allah
Ø Kehidupan masyarakat kucar kacir
Ø Alam akan binasa.
  1. Terangkan pengajaran ayat di atas ?
Pengajaran ayat di atas ialah
Ø Menginsafi bahawa Allah berkuasa ke atas semua makhluk di alam ini
Ø Menghargai nikmat yang dianugerahkan Allah dengan menggunakannya di jalan kebaikan
Ø Menghindari sikap sombong dan takabur dengan kuasa yang diberikan Allah kerana kuasa itu adalah pinjaman dan sementara sahaja
BAHAGIAN TILAWAH AL-QURAN
PELAJARAN 4 : MENGHARGAI SUNNAHTULLAH
KEFAHAMAN AYAT 27 SURAH ALI IMRAN
  1. Apakah maksud Sunnahtulllah ?
Maksud Sunnahtulllah ialah dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah sejak azali
  1. Nyatakan tanda-tanda kekuasaan Allah berdasarkan ayat ?
Tanda-tanda kekuasaan Allah berdasarkan ayat ialah
1. Kejadian Siang & Malam.
2. Menghidup & Mematikan Makhluk.
3. Memberi Rezeki & Nikmat.
  1. Terangkan dengan ringkas kejadiaan siang dan malam ?
Proses kejadian siang dan malam adalah seperti berikut
1. Malam dan siang berlaku disebabkan fenomena bumi yang berputar pada paksinya selama 24 jam untuk sekali putaran.
2. Semasa berputar, kawasan yang terkena cahaya matahari menjadi siang, manakala kawasan yang tidak mendapat cahaya matahari menjadi malam.
  1. Jelaskan hikmah kejadiaan siang dan malam ?
Hikmah kejadiaan siang ialah
1.Bekerja mencari rezeki
2.Menjalankan aktiviti kemasyarakatan
3.Berjuang membina negara dan tamadun
Hikmah kejadiaan malam ialah
1.Qiyamullail
2.Berehat daripada kepenatan bekerja
3.Aktiviti bersama keluarga
  1. Terangkan proses kejadiaan manusia dengan ringkas ?
Proses kejadiaan manusia daripada air mani , segumpal darah, seketul daging,
tulang, tulang dibaluti daging dan lembaga yang lengkap dan ditiupkan roh.
  1. Terangkan empat pengajaran daripada ayat di atas?
Empat pengajaran daripada ayat
1. Semua makhluk terikat dengan sunnahtullah.
2. Semua kejadian mahkluk bukti kekuasaan Allah.
3. Rezeki telah dijamin oleh Allah, maka kita perlu berusaha mencarinya.
4. Matlamat hidup kita ialah mencari kesejahteraan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
BAHAGIAN SIRAH DAN TAMADUN ISLAM
KEPIMPINAN RASULULLAH S.A.W. DI MADINAH
BAB 1
  1. Nyatakan asas pembangunan Negara Islam Madinah ?
Asas pembangunan Negara Islam Madinah ialah
Ø Pembinaan masjid
Ø Mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar
  1. Namakan masjid yang pertama dalam Islam ?
Masjid yang pertama dalam Islam ialah Masjid Quba .
  1. Mengapa Rasululullah s.a.w mendahulukan pembinaan masjid dari perkara lain ?
Rasululullah s.a.w mendahulukan pembinaan masjid dari perkara lain ialah
Ø Masjid merupakan instutusi paling penting dalam islam
Ø Masjid merupakan pusat ibadat
Ø Masjid pusat penyatuan umat Islam
  1. Terangkan peranan masjid pada zaman Rasulullah s.a.w.?
Peranan masjid pada zaman Rasulullah s.a.w ialah
Ø Pusat Ibadat seperti menunaikan solat berjamaah
Ø Pusat pendidikan seperti penyebaran ilmu
Ø Pusat sosial seperti menjadi tempat pertemuan dan perpaduan
Ø Pusat pemerintahan dan pentadbiran
Ø Pusat dakwah
  1. Nyatakan masjid dalam Islam ?
§ PUSAT IBADAT
Tempat solat berjamaah , solat sunat & membaca al-Quran
§ PUSAT KEMASYARAKATAN
Pelbagai aktiviti & program kemasyarakatan diadakan di masjid seperti majlis akad nikah, gotong royong, kenduri dan lain-lain
§ PUSAT PENDIDIKA N &
ILMU PENGETAHUAN
Pengajaran & pembelajaran diadakah dimasjid seperti belajar fardu ain & kuliah-kuliah ilmu untuk semua peringkat
§ PUSAT EKONOMI
Terdapat koperasi masjid yang diasaskan untuk meningkatkan penguasaan ekonomi umat Islam
§ PUSAT POLITIK
Masjid juga dijadikan pusat pentadbiran & polotik bemi memestikan masyarakat hidup bersatu padu & harmoni
§ PUSAT SENI
Kegiatan kesenian diadakan di Masjid-masjid. Dinding-dinding masjid di letakkan tulisan khat& . Binaan masjid yg indah mempamirkan kehalusan seni tamadun Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...