Ahad, 25 April 2010

Latihan Sirah Tingkatan 2

BAHAGIAN SIRAH DAN TAMADUN ISLAM

KEPIMPINAN RASULULLAH S.A.W. DI MADINAH

BAB 1

  1. Nyatakan asas pembangunan Negara Islam Madinah ?

Asas pembangunan Negara Islam Madinah ialah

Ø Pembinaan masjid

Ø Mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar

  1. Namakan masjid yang pertama dalam Islam ?

Masjid yang pertama dalam Islam ialah Masjid Quba .

  1. Mengapa Rasululullah s.a.w mendahulukan pembinaan masjid dari perkara lain ?

Rasululullah s.a.w mendahulukan pembinaan masjid dari perkara lain ialah

Ø Masjid merupakan instutusi paling penting dalam islam

Ø Masjid merupakan pusat ibadat

Ø Masjid pusat penyatuan umat Islam

  1. Terangkan peranan masjid pada zaman Rasulullah s.a.w.?

Peranan masjid pada zaman Rasulullah s.a.w ialah

Ø Pusat Ibadat seperti menunaikan solat berjamaah

Ø Pusat pendidikan seperti penyebaran ilmu

Ø Pusat sosial seperti menjadi tempat pertemuan dan perpaduan

Ø Pusat pemerintahan dan pentadbiran

Ø Pusat dakwah

  1. Nyatakan masjid dalam Islam ?

§ PUSAT IBADAT

Tempat solat berjamaah , solat sunat & membaca al-Quran

§ PUSAT KEMASYARAKATAN

Pelbagai aktiviti & program kemasyarakatan diadakan di masjid seperti majlis akad nikah, gotong royong, kenduri dan lain-lain

§ PUSAT PENDIDIKA N &

ILMU PENGETAHUAN

Pengajaran & pembelajaran diadakah dimasjid seperti belajar fardu ain & kuliah-kuliah ilmu untuk semua peringkat

§ PUSAT EKONOMI

Terdapat koperasi masjid yang diasaskan untuk meningkatkan penguasaan ekonomi umat Islam

§ PUSAT POLITIK

Masjid juga dijadikan pusat pentadbiran & polotik bemi memestikan masyarakat hidup bersatu padu & harmoni

§ PUSAT SENI

Kegiatan kesenian diadakan di Masjid-masjid. Dinding-dinding masjid di letakkan tulisan khat& . Binaan masjid yg indah mempamirkan kehalusan seni tamadun Islam

BAHAGIAN SIRAH & TAMADUN ISLAM

PELAJARAN 25 : KEPIMPINAN RASULULLAH S.A.W. DI MADINAH

Unit 2 : PERSAUDARAAN ANTARA MUHAJIRIN & ANSAR

BAB 2

  1. Siapakah Muhajirin dan Ansar ?

Golongan Muhajirin ialah : Pengikut Rasulullah s.a.w yang berhijrah dari Mekah ke Madinah

Golonga Ansar ialah : Penduduk asal Madinah yang telah memeluk Islam terdiri dari kaum Aus & Khazraj.

( mereka membantu perjuangan Rasulullah di Madinah )

  1. Bagaimanakah cara Rasulullah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar ?

Cara Rasulullah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar ialah

Ø Keluarga angkat iaitu setiap muhajirin bersaudara angkat dengan golongan Ansar

Ø Memperkenalkan sistem saudara angkat iaitu setiap Muhajirin mempunyai saudara angkat dari golongan Ansar

  1. Terangkan pengorbanan yang dilakukan oleh Muhajirin dan Ansar

Pengorbanan yang dilakukan oleh Muhajirin ialah

Ø Meninggalkan keluarga , harta & tanah air ( Mekah ) demi menyahut seruan hijrah

Ø Bergadai nyawa & mengharungi pelbagai penderitaan semasa dalam perjalanan hijrah

Ø Menghadapi kesusahan & keperitan untuk memulakan kehidupan baru di Madinah

Pengorbanan yang dilakukan oleh Ansar ialah

Ø Menghulurkan bantuan harta, tenaga & tempat tinggal kepada Muhajirin

Ø Menawarkan isteri & anak untuk dikahwini

Ø Memberi perlindungan kpd Muhajirin

Ø Sama-sama berjuang untuk mempertahankan Islam

  1. Berikan 3 asas perpaduan dalam Islam.

Asas perpaduan dalam Islam ialah

Ø Patuh kpd Allah & Rasul ( berasaskan Kesatuan akidah )

Ø Mengamalkan cara hidup Islam

Ø Mengutamakan kepentingan agama lebih dari kepentingan yang lain

Ø Matlamat yang jelas untuk mencapai keredaan Allah

  1. Bagaimakah cara untuk mengekalkan perpaduan dalam masyarakat majmuk ?

Cara untuk mengekalkan perpaduan dalam masyarakat majmuk ialah

Ø Hormat menghormati antara satu sama lain

Ø Amalkan ziarah menziarahi

Ø Bekerjasama & saling Bantu membantu dalam kebajikan

Ø Bersikap toleransi

  1. Nyatakan faktor perpecahan dalam masyarakat Islam ?

Faktor perpecahan dalam masyarakat Islam ialah

Ø Tidak menghayati ajaran al-Quran & Hadis

Ø Mempunyai sifat mazmumah ( keji/ buruk ) seperti individualistik, iri hati & hasad dengki

Ø Mengikut kehendak hawa nafsu

Ø Sombong , enggan menerima kebenaran & tidak mengaku kesilapan diri sendiri

Ø Kurang didikan agama

BAHAGIAN SIRAH DAN TAMADUN ISLAM

PELAJARAN 23 : SAIYIDINA ABU HURAIRAH R.A. PERAWI HADIS

BAB 3

  1. Nyatakan secara ringkas riwayat hidup Saidina Abu Hurairah?

Riwayat hidup Saidina Abu Hurairah

· Namanya : Abdul Rahman bin Sakhar al-Dusi al-Yamani

· Namanya sebelum Islam : Abdu Syams

· Dilahirkan : 19 tahun sebelum hijrah , Di Dus, Yaman

· Memeluk Islam pada tahun ke – 7 hijrah, ketika Rasulullah berada di Khaibar

· Latar belakang : Yatim sejak kecil, kemudian menjadi salah seorang ahli Suffah di Madinah .

· Meninggal dunia : pada 59 hijrah, ketika berusia 78 tahun

  1. Mengapakah beliau digelar Abu Hurairah ?

Beliau digelar Abu Hurairah kerana beliau sangat sukakan kucing

  1. Nyatakan empat akhlak mulia Saidina Abu Hurairah ?

Empat akhlak mulia Saidina Abu Hurairah ialah

1.Taat kepada suruhan Allah dan Rasul

2.Cinta kepada ilmu pengetahuan

3. Sangat kasih dan menghormati ibubapa

4.Mengasihi binatang

  1. Jelaskan sumbangan beliau terhadap periwayatan hadis?

Sumbangan beliau terhadap periwayatan hadis ialah

§ Terkenal sebagai seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang paling banyak meriwayatkan hadis iaitu sebanyak 5374 hadis.

§ Beliau telah mengajar hadis kepada 800 orang murid

§ Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah tercatat di dalam kebanyakan kitab hadis seperti Sahih al-Bukhari , Sahih Muslim. Sunan At-Tarmizi, Sunan Ibn Majah & Sunan an-Nasai, yang dijadikan rujukan hingga kini.

  1. Terangkan faktor kejayaan Abu Hurairah sebagai perawi hadis ?

Faktor kejayaan Abu Hurairah sebagai perawi hadis

o Beliau seorang ahli Suffah yang selalu berdampingan dgn Rasulullah & tidak sibuk dgn urusan pentadbiran Negara

o Rajin menghadiri majlis ilmu bersama para sahabat

o Ketekunannya menyebarkan hadis kpd orangramai

o Keberkatan doa Rasulullah agar Abu Hurairah mudah menghafaz

o Beliau sempat hidup lebih lama selepas kewafatan Rasulullah. iaitu selama 47 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...