Ahad, 25 April 2010

Latihan Adab dan Akhlak Islamiah Tingkatan 2

BAHAGIAN ADAB
PELAJARAN 26 : NIKMAT DAN MUSIBAH UJIAN KEHIDUPAN
BAB 1
1. Berikan maksud nikmat dan musibah beserta contohnya ?
Maksud nikmat ialah
semua bentuk kesenangan, keperluan dan keselesaan yang diterima oleh seseorang seperti kesihatan,
makanan, tempat tinggal dan keamanan.
Maksud musibah ialah
semua bentuk kesusahan, halangan dan kesulitan yang dihadapi oleh seseorang seperti kesakitan,
kelaparan dan kematian.
2. Terangkan adab-adab ketika menerima nikmat ?
Adab-adab ketika menerima nikmat ialah
1. Hendaklah bersyukur kepada Allah.
2. Menggunakan nikmat tersebut dengan sebaik-baiknya.
3. Tidak sombong kerana mendapat nikmat.
4. Hendaklah berterima kasih kepada orang yang membantu mendapatkan nikmat.
3 Terangkan adab-adab ketika diikena musibah ?
Adab-adab ketika diikena musibah ialah
1. Bersabar.
2. Yakin & reda dengan ketentuan Allah.
3. Tidak berputus asa & kecewa.
4. Sentiasa berusaha memperbaiki diri.
5. Berdoa dan bertawakal kepada Allah.
6. Memohon keampunan dari Allah.
4. Nyatakan cara bersyukur dengan nikmat Allah ?
Cara bersyukur dengan nikmat Allah ialah
Dengan Hati :
· Menyakini bahawa nikmat yang diterima adalah kurniaan Allah & akan disoal pada hari akhirat.
Dengan Lisan :
· Memuji Allah dengan menyebut Alhamdulillah dan zikir kepada Allah.
Dengan Perbuatan :
· Menggunakan nikmat dengan cara yang terbaik dan bermanfaat.
· Mengerjakan sujud syukur.
· Banyak melakukan amal ibadah & kebaikan.
  1. Apakah kelebihan beradab ketika ditimpa musibah?
Kelebihan beradab ketika ditimpa musibah
1. Mendapat keampunan & rahmat dari Allah.
2. Bertambah keimanan kpd Allah.
3. Mendapat kebahagiaan dunia dan kejayaan di akhirat.
4. Dihormati oleh masyarakat.
5. Mendapat gantian nikmat yang lebih baik daripada Allah.
6. Kecekalannya dikenang walaupun telah meninggal dunia.
7. Jiwa akan tenang dan tenteram.
6. Terangkan akibat tidak bersyukur dengan nikmat Allah ?
Akibat tidak bersyukur dengan nikmat Allah ialah
1. Allah akan menarik balik nikmat yg diberi.
2. Ditimpa kesempitan hidup.
3. Menerima azab di akhirat.
4. Tidak dihormati oleh masyarakat.
5. Inidividu & masyarakat menjadi mundur.
BAHAGIAN ADAB
PELAJARAN 27 : MENGHAYATI ADAB BERJIRAN
Bab 2
  1. Berikan maksud jiran ?
Maksud jiran ialah Ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan,
kiri, depan, belakang, tingkat atas, tingkat bawah hingga 40 buah rumah dari setiap sudut.
  1. Terangkan jenis-jenis jiran ?
Jenis-jenis jiran ialah
Ø Jiran Muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan
Ø Jiran Muslim yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan.
Ø Jiran Bukan Islam
  1. Apakah hak jiran muslim yang bersaudara, hak jiran muslim yang tidak bersaudara dan hak jiran bukan Islam ?
Hak jiran muslim yang bersaudara ialah
Ø Hak sebagai seorang muslim.
Ø Hak sebagai kerabat.
Ø Hak sebagai seorang jiran.
Hak jiran muslim yang tidak bersaudara ialah
Ø Hak sebagai seorang muslim.
Ø Hak sebagai seorang jiran.
Hak jiran bukan Islam ialah
Ø Sebagai jiran
  1. Terangkan tanggungjawab / adab terhadap jiran ?
Tanggungjawab / adab terhadap jiran ialah
Ø Memberi bantuan & pertolongan apabila mereka dalam kesusahan.
Ø Memberi hadiah, sedekah dan makanan kepada jiran.
Ø Ziarah-menziarahi ke rumah jiran untuk merapatkan hubungan silatulrahim.
Ø Amalan gotong-royong sesama jiran melahirkan semangat kerjasama.
Ø Memelihara rahsia jiran.
Ø Mengucap tahniah kepada jiran yang mendapat kejayaan, rezeki dan nikmat.
Ø Mengucap takziah kepada jiran yang ditimpa musibah, kesakitan atau kematian.
  1. Nyatakan hikmah beradab dengan jiran ?
Hikmah beradab dengan jiran ialah
Ø Hidup dlm kedamaian & keharmonian.
Ø Hidup bermasyarakat diberkati Allah.
Ø Kehidupan & kemajuan lebih berkualiti.
Ø Sentiasa berasa selesa dan mendapat pembelaan.
Ø Kemungkaran dpt dibasmi dengan mudah.
  1. Jelaskan implikasi tidak beradab kepada jiran ?
Implikasi tidak beradab kepada jiran ialah
Ø Kehidupan tidak tenang.
Ø Menjejaskan keharmonian hidup.
Ø Terpinggir dari masyarakat.
Ø Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan.
Ø Negara mundur & kucar kacir.
7. Bagaimana cara menjaga hubungan baik di antara jiran beragama Islam dengan bukan Islam ?
Cara menjaga hubungan baik di antara jiran beragama Islam dengan bukan Islam
Ø Menjelaskan kebaikan Islam dengan berhikmah
Ø Menunjukkan akhlak mulia
Ø Menjauhi perkara yang menyakiti jiran.
Ø Menghormati perbezaan budaya dan agama .
BAHAGIAN ADAB
PELAJARAN 28 : MENJAGA MARUAH DIRI
BAB 3
  1. Jelaskan pengertian maruah ?
Pengertian maruah ialah tingkah laku,pergaulan dan tuturkata yang elok.
  1. Nyatakan kepentingan menjaga maruah diri ?
Kepentingan menjaga maruah diri ialah menjaga kemuliaan
diri,keluarga,masyarakat dan negara supaya tidak tercemar dan kualiti
diri sentiasa dipertingkatkan.
  1. Bagaimana cara anda menjaga diri dan maruah melalui cara berpakaian ?
Cara menjaga diri dan maruah melalui cara berpakaian ialah dengan
Ø Pakaian menutup aurat, tidak ketat dan jarang.
Ø Pakaian kemas dan bersih.
Ø Pakaian tiada lambang agama lain atau kumpulan sesat.
Ø Pakaian sesuai mengikut jantina.
  1. Bagaimana cara anda menjaga diri dan maruah melalui cara percakapan
Cara menjaga diri dan maruah melalui cara percakapan ialah
Ø Bercakap dgn perkara yg baik.
Ø Berbahasa sopan.
Ø Percakapan yg menyenangkan
Ø Bercakap benar.
Ø Bercakap perkara yang berfaedah kpd semua.
  1. Bagaimana cara anda menjaga diri dan maruah melalui cara pergaulan ?
Cara menjaga diri dan maruah melalui cara pergaulan ialah
Ø Memberi salam ketika bertemu.
Ø Menjaga adab & hukum syarak dlm pergaulan.
Ø Hormat-menghormati, kasih sayang dan bermesra.
Ø Bertukar-tukar pendapat dengan sifat toleransi.
Ø Menjaga rahsia & keaiban orang lain.
Ø Menepati janji yang baik.
  1. Terangkan akibat tidak menjaga maruah diri ?
Akibat tidak menjaga maruah diri
Ø Kehidupan tidak diberkati kerana jauh dari petunjuk.
Ø Mendapat dosa.
Ø Menjadi terpinggir kerana dipulau oleh rakan dan masyarakat.
Ø Kejadian jenayah semakin meningkat.
Ø Negara menjadi kucar-kacir dan tidak aman.
  1. Terang hikmah menjaga maruah diri ?
Hikmah menjaga maruah diri ialah
Ø Kehidupan diberkati kerana mendapat petunjuk Allah.
Ø Mendapat pahala.
Ø Akan disayangi, dikagumi dan disanjung oleh rakan dan masyarakat.
Ø Membendung kejadian jenayah yang boleh mengakibatkan kehancuran negara.
Ø Melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu.
Ø Negara akan aman dan tenteram.
Ø Masyarakat akan memandang tinggi kepada orang yang berakhlak mulia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...