Ahad, 25 Oktober 2009

Sambutan Hari Raya Jalan Impian 6, Taman Impian Indah 2009
















Jiran sepakat membawa berkat.














r 2009 /28 Syawal 1430 bersamaan hari Sabtu jam 5.00 pm bertempat di Jalan Impian 6 .

Majlis sambutan Hari Raya diadakan. Sambutan kali ini agak meriah dari tahun-tahun yang lepas.

Menu utama BBQ kambing 2 ekor dan ayam 13 ekor,semuanya dimasak sendiri secara gotong royong.

Itulah yang dikatakan sangat meriah kerana kerjasama yang ditunjukkan oleh kejiranan jalan 6. Semuanya mengambil bahagian masing-masing.Setelah mesyuarat sebanyak tiga kali barulah perancangan yang diatur berjalan dengan lancar.

Setiap rumah memberi sumbangan sebanyak RM 70.00 daripada 17 keluarga.

Menu tambahan lain yang dihidang termasuklah nasi goreng,nasi impit dan rendang,nasi lemak,makaroni,yong taufu,karipap dan kek. Minuman ialah teh lemon.

Tetamu jemputan yang hadir agak sederhana kerana hari ini merupakan cuti Depavali dan ramai di antara mereka pergi bercuti.

Walaubagaimanapun majlis berlangsung sehingga jam 12.00 tengahmalam.Setelah tamat majlis ,gotong royong mengemas dan menyimpan peralatan berlangsung hingga jam 2.00 pagi.

Disini terdapat gambar-gambar kenangan ihsan daripada Shahz Photografi dan Cikgu Kamis.


Diantara tetamu jemputan yang hadir .
Akmal,Arif dan Kak Long menyediakan gerai yong taufu,Faizal pakar membakar dan memotong kambing.
Pengerusi majlis Cikgu Kamis

Kenangan kejiranan Jalan 6.


Kaum bapa dan ibu bergambar kenangan selepas penat melayan tetamu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...