Khamis, 18 Jun 2009

TRAGEDIS DAN TRAUMA

Musibah,itulah unggapan yang diberikan kepada sesuatu bencana yang berlaku. Ujian dan dugaan yang perlu dihadapi oleh insan di mukabumi ini. Selagi Allah tidak menguji keimanan hambanya, selagi itu manusia lalai dari mengingati Allah. Ujian Allah terhadap hambanya mempunyai pelbagai hikmah dan kepentingan tertentu.Cuma kita manusia yang kerdil ini perlu memuhasabah diri dan merenung kembali apakah musibah ini akan bertambah lagi keimanan kita kepada Allah.Allah Maha Berkuasa terhadap makhluknya.Kitalah yang perlu akur dengan qada dan qadar Allah.

Tanggal 17 Jun ,jam 4.30 am keluargaku dikejutkan dengan satu kejadian yang tak diduga sama sekali.Tiga orang perompak menceroboh memasuki rumahku tanpa disedari oleh kami sekeluarga. Suamiku terbangun jam 3.30 am pagi dan keluar bilik menyambung tidur di atas sofa di ruang tamu.Aku sendirian didalam bilik tika itu. Itulah kebiasaan suamiku apabila terjaga diwaktu malam dia akan terus bangun dan tidur diluar.

Apabila terdengar kayu yang diselak pada sliding door jatuh,suami bergegas bangun dan terserempak dengan tiga penjenayah yang masuk, Lalu berlaku pergelutan antara suamiku dengan perompak2 itu.Suami menjerit dan meraung sekuat-kuatnya apabila berlawan dan diacukan pisau kepadanya.

Lantas aku terjaga dan terbangun seolah-olah aku bermimpi dan berada didunia lain.Hanya yang aku nampak suami dan ibuku serta lembaga hitam yang setinggi siling rumah.Mungkin aku di pukau tika itu.Sedangkan ibuku masih lagi nyenyak tidur dibilik utama.

Apabila bahuku ditolak dengan kuatnya oleh salah seorang daripada mereka baru aku tersedar mereka adalah orang luar yang masuk ke rumahku.Aku lihat mereka tidak dapat menangkap suamiku kerana dia lari keliling ruang tamu sambil melawan.Suamiku terus menjerit dan sempat membuka pintu utama dan menendang grill sekuat-kuatnya.Suamiku ditumbuk dan sempat juga dia mengelak tetapi ada juga kesan lebam dipipinya.Tika itu jiranku cikgu Kamis juga turun dan menjerit meminta tolong.Oleh kerana mereka tahu bahawa jiran-jiran ku mendengar jeritan itu, mereka meragut rantai leherku dengan spontan dan melarikan laptop yang berada di atas meja. Dalam gelap-gelap tu nampak juga labtop hitam tu.

Aku tidak nampak langsung wajah mereka kerana suasana gelap ,hanya lampu akuarium dan lampu di luar rumah yang samar-samar dapat melihat kelibat mereka..Pada tika itulah ibuku terbangun dan nampak mereka berlari keluar melalui pintu dapur.Akmal anak ke 2 yang tidur dibilik ketiga juga terbangun dan melihat perompak2 itu melarikan diri. Arif anak ke 3 ku tidur di ruang tamu tidak sedar apa yang berlaku. Hakim anak bongsuku yang berumur 9 tahun terjaga kerana dipijak oleh salah seorang perompak yang lalu disitu. Dengan wajah yang takut dia mengambil bantal dan menutup wajahnya kerana ketakutan.sempat juga dia mengintai perompak2 itu.

Apabila ku lihat perompak keluar,aku mencapai tel dan terus menelefon jiran atas rumahku,tetapi dia dah tersedar akan kejadian yang berlaku,Orang yang ke 2 aku telefon ialah Mak Cik Napsiah Jalan 5 kerana aku pasti perompak2 itu melarikan diri mengikut arah sana.

Aku keluar rumah ,aku dapati jiran2 ku semuanya keluar dengan memegang kayu dan berlari2 ,mungkin mengejar perompak2 itu. Ketika itu jam menunjukkkan pukul 5 pagi.Polis peronda pun tiba dengan pantas sekali.
Malangnya sesiapa pun tak dapat mengesan di manakah halatuju perompak2 itu.
Mungkin hari ini hari kau, Hanya Allah akan membalas kejahatanmu dimukabumi.

Azan subuh kedengaran, aku berwuduk dan terus sujud syukur kerana keluargaku tidak di apa2kan.Setelah selesai solat subuh aku terus solat hajat memohon kehadrat Ilahi untuk melindungi keluargaku, tanpa kusedari air mata terus mengalir tanpa henti selama aku solat hajat.Aku trauma, geram dan hatiku tak dapat melupakan peristiwa itu.Aku dapatkan ibu ,yang masih lagi terkejut.

Jam 7.30 pagi aku terus membawa ibu ke klinik Sg Buloh untuk menerima rawatan,Aku takut ibuku juga trauma dan terkejut. Apabila diperiksa tekanan darah tingginya naik 160, aku bertambah takut sekiranya ibuku jatuh dan pengsan.Aku semakin trauma.Aku tel saudara-saudara ku yang berada disekitar KL ini. Mereka bergegas ke rumahku dan mengambil ibu kerumah mereka di Cheras. Sedih dan pilu rasanya ,ibu yang datang dari kampung yang berhajat nak tinggal denganku sebulan dua, tidak dapat ditunaikan hajatnya. Maafkan aku ibu.Semua kejadian berlaku dengan kehendakNYA.

Aku tel bosku Penyelia petang untuk memohon cuti pada hari. Dia memintaku bersabar dan dialah orang yang pertama datang menziarahiku selain daripada jiran-jiranku. Pn Hasmah, aku bersyukur mempunyai seorang ketua yang perihatin sepertimu dan memahami perasaanku. Aku bersyukur kepada Allah.

Oleh kerana dalam keadaan trauma aku tidak menjamah sedikitpun makanan sepanjang hari kecuali air.Aku kelihatan letih dan terasa macam ada satu tekanan dan ketakutan.Pada malam berikutnya, semalaman aku tak dapat tidur.Aku bangun dan mengintai dicelah -celah tingkap. aku dapati jiran-jiran ku terus berjaga dan tidak tidur juga. Mereka menunggu diluar rumah sehingga jam 5.30 pagi.

Hari ini 18 Jun aku terus ke klinik bersama suami, suami sakit tekak dan tidak ada suara langsung ,kesan daripada jeritan yang kuat. aku terus demam dan migrin. Aku membuat pemeriksaan doktor. Doktor memberiku dan suami cuti sakit selama dua hari. Hari ini juga aku tidak ada selera makan,aku hanya mengambil roti dan air sahaja. perutku terasa lapar dan aku tidak ada nafsu makan langsung, aku keletihan.Setiap kali aku solat aku terus solat hajat dan membaca surah Yassin agar Allah memulihkan semangatku dan kekuatanku. aku rasa tidak terdaya.

Di sini aku ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada jiran-jiranku,kawan-kawan sekolahku,kaunselor,adik-adikku serta seluruh penduduk Taman ini yang datang menziarahiku dan tak lupa juga Polis dari Selayang yang datang memeriksa dan mengambil bahan bukti dirumahku untuk mengesan penjenayah.
Terima kasih juga kepada Jiran Jalan 6 yang segera mengambil langkah spontan mewujudkan rukun tetangga dan membuat giliran berjaga malam.

Hari ini ramai lagi kawan suami datang menziarahi ke rumah kami, akulah yang terpaksa menceritakan kejadian yang berlaku kerana suamiku langsung tidak ada suara.Semoga suamiku cepat sembuh.
Hari ini juga jiranku memberitahu di atas bumbung rumahku ada beberapa biji batu,aku tak pasti mengapa batu itu dilempar ke atas bumbung rumahku,mungkin untuk memukau atau sebaliknya.

Daripada peristiwa yang berlaku ini aku mendapat banyak ilmu, pelbagai ilmu telah diperturunkan kepadaku oleh jiran-jiranku dan tetamu yang berkunjung ke rumahku.antaranya bismillah lima dan bismillah tujuh, memang aku dah lama tidak mengamalkankannya ,ini bertujuan supaya kita terhindar dari pukau dan santau.Ada yang memberi petua memercikkan ayat kursi keliling rumah sambil berjalan dan membacanya supaya orang tidak nampak jalan masuk ke rumah kita.Amallah selagi ilmu itu tidak bertentangan dengan syariat.

Yang paling aku sedih bahan-bahan P&P ku yang banyak tersimpan dalam laptopku .Ada juga yang sempat aku masukkan dalam pendrive yang lain tu masih tersimpan di sana.Sedih apabila teringat kejadian itu.
Sekali lagi aku ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada cikgu kamis jiranku ,kerana jeritannyalah perompak-perompak itu berlari keluar dari rumahku.

Lingkaran pagar berduri ini dipotong dari atas bukit yang berhampiran rumahku.Mereka masuk melalui hutan ini.














Pagar tepi rumahku dipotong dan mereka masuk melalui sini walaupun di luar rumah ku terpasang 6 lampu yang terang benderang.




Sliding door antara dapur dan ruang makan diumpil dan diangkat




Pintu sliding door diumpil



Di sini tempat laptopku yang dicuri,hanya tinggal wayernya sahaja.Polis sedang memeriksa kesan cop jari perompak kerana cop jari jelas kelihatan di tingkap.Melalui tingkap dapur belakang ini mereka memasuki rumahku.



Hanya ikan kaloi masih hidup di kolam luar ,ikan lain habis mati ,apakah punca kematian ikan-ikan tidak terjawab sehingga kini.Ikan kelisa dalam akuarium juga terselamat .Malamnya jiran-jiranku berkumpul mengadakan mesyuarat tergempar kerana ingin mewujudkan rukun tetangga dan giliran jaga malam pun diatur.Tahniah dan syabas kepada AJK Jalan 6 dan warga Impian Indah kerana perihatin dengan masalah yang dihadapi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...