Ahad, 30 November 2008

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI SURAU AL-IMAN TAMAN IMPIAN INDAH





Majlis diadakan pada hari Sabtu bersamaan 29hb.nov.2008
Acara bermula jam 8.00am dengan kehadiran para tetamu dan jemputan dari Penduduk Impian Indah .
Seramai 17 kanak-kanak telah mendaftar untuk berkhatan pada hari tersebut.
Tetamu jemputan yang hadir ialah YB Ir.Mohd Bushro ,kakitangan dari KPMC Puchong Medicial centre,bomba,kompang dari Sungai serai Kuang.
Perarakan bermula jam 9.15 pagi diketuai oleh saudara Khairul Faizin,Mohd Rozi ,Pn.Zaimah dan Pn. Nafishah.Kanak-kanak yang berkhatan diarak sepanjang jalan 4 hingga ke surau.
Setibanya diperkarangan surau kanak-kanak diraikan dengan taburan bunga rampai oleh Mak Cik Napsiah ,seterusnya acara menyuap pulut kuning oleh ibu masing-masing disertai dengan paluan kompang yang meriah.
Setelah bersalaman dengan YB kanak-kanak dimandikan dengan pancutan air bomba.dan akhir sekali majlis yang dinanti-nantikan sudah tiba dengan cabutan nombor untuk berkhatan.
Pelbagai gelagat kanak-kanak dapat dilihat,ada yang menangis ,ada yang sedih dan ada pula yang cool aje.Walaubagaimanapun ibu bapalah yang menanti penuh dengan debaran.
Alhamdulillhah acara berkhatan berjalan dengan lancar dan selamat.
Jamuan tengahhari disediakan dengan menu nasi putih ,masak daging kicap dan gulai.
Majlis bersurai tepat jam 1.10 tengahari dengan solat zohor berjamaah.

Jumaat, 14 November 2008

OTAK DAN ZIKIR

Posted In: , . By soha

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

TAKTIK TERBARU UNTUK MENCURI KERETA-EMAIL DRP KAK SHAM JLN 6

BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA
-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... .. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.__._,_.___

MESYUARAT MUSLIMAH KALI KE 2-BERKHATAN BERAMAI-RAMAI PENDUDUK IMPIAN INDAH.

AJK Muslimah dijemput untuk menghadiri mesyuarat kali ke 2 pada
Tarikh : 16 Nov. 2008
Hari : Ahad
Masa : Selepas Insyak
Tempat : Surau al - Iman Taman Impian Indah.

Harap maklum.

Sabtu, 8 November 2008

CIRI-CIRI GURU MURSYID

lubna menulis "Ciri-ciri guru mursyid itu yang diberikan oleh guruku...adalah..

1. Ilmu Islamnya global, luas dan bukan takat ilmu lahir tetapi ilmu rohaniah. Ilmunya mencakupi pelbagai bidang seperti tauhid, ibadah, tasauf, kepimpinan, perjuangan, keluarga dan juga kemasyarakatan.

2. Ilmunya itu bukan dirujuk pada kitab tetapi dia mendapat ilham daripada Tuhan. Ini bersesuaian dengan firman Tuhan yang maksudnya bilamana seseorang itu bertaqwa, maka Allah akan anugerahkan ilmu padanya. Juga dalam firman Tuhan lain yang bermaksud orang yang dianugerahkan Tuhan hikmah itu mendapat kebaikan yang banyak.

3. Ilmunya bukan sekadar ilmu tetapi ia hidup dan mendarah daging pada dirinya. Bermaksud dia boleh mengamalkan ilmu tersebut. Ilmu dan amal itu selari. Amalannya tepat sepertimana ilmunya. Dia bukan sahaja bercakap tetapi berbuat sesuai dengan cakapnya.

4. Peribadinya mendekati peribadi Rasulullah s.a.w. Dia adalah bayangan Rasulullah bila disuluh dari sudut tauhid, ibadah, akhlak dan perjuangannya. Bahkan dialah orang yang paling kenal Rasulullah s.a.w, boleh menceritakan bahkan menjiwai watak Rasulullah.

5. Dia mempunyai kekuatan roh dan akal untuk mendidik muridnya dan ini diterjemahkan oleh peribadi muridnya sendiri. Dalam ertikata lain, berjaya muridnya untuk mujahadah dan mengusahakan taqwa itu adalah hasil didikannya.

6. Dia sangat kenal dan faham tentang muridnya. Bahkan dia sangat bertanggungjawab terhadap muridnya terutama dalam soal urusan muridnya dengan Tuhan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...