Sabtu, 19 April 2008

Sambutan Maulidurrasul Muslimah Taman Impian Indah Sungai Buloh....1429H / 2008M



Meriahnya Sambutan Maulidurrasul Muslimah Taman Impian Indah Sungai Buloh

Pada hari Khamis 20 Mac 2008 bersamaan 12 Rabiul Awal 1429 bertempat di Taman Impian Indah. Muslimin dan Muslimat serta pelajar-pelajar sek.agama Impian Indah mengadakan perarakan majlis maulidurrasul dan bersolawat beramai-ramai bermula dari surau Impian Indah ke Sekolah ren. agama Impian Indah.
Majlis bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahhari.
Sambutan dan kerjasama dari semua penduduk sangat menggalakkan.Insya Allah pada tahun hadapan ,diharapkan semua penduduk akan keluar beramai-ramai untuk menyertai perarakkan tersebut. Selepas perarakkan diadakan ceramah Maulidurrasul bertempat dihadapan sekolah agama. Kisah dan kehidupan Rasulullah menjadi teladan kepada para hadirin.semoga semuanya akan mengambil iktibar daripada ceramah tersebut.
Pada waktu malam juga diadakan ceramah bertempat disurau Al-Iman dan jamuan makan diadakan .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...