Sabtu, 19 April 2008

GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYYURA MUSLIMAH TAMAN IMPIAN INDAH








DELICIOUS!!!!!!! bubur yg telah dimasak
Pada hari Sabtu 19 Januari bertempat di Jalan Impian 5, berhadapan rumah makcik nap Taman Impian Indah diadakan majlis gotong royong memasak bubur Assyura. Program tersebut diadakan bertujuan mengeratkan tali persaudaraan diantara penduduk disini.
Program ini julung kali diadakan kerana sebelum ini hanya Jalan Impian 6 sahaja yang menganjurkannya untuk jalan tersebut.Oleh kerana sambutan yang amat menggalakkan dari kaum muslimah maka pada tahun ini semua penduduk di jemput hadir untuk sama-sama melibatkan diri dalan aktiviti tersebut.
Terdapat dua jenis bubur dimasak pada hari tersebut iaitu resepi bubur dari utara dan resepi bubur dari selatan. Terima kasih kepada Pn. Salmah Jalan 5 kerana membantu memberi resepi dan mengajar kita semua. Majlis berakhir pada jam 2.00 petang. Bubur diagihkan kepada semua penduduk yang hadir dan jamuan diadakan pada malamnya di surau al-Iman beserta ceramah maalhijrah.
Ucapan terima kasih kepada penduduk yang hadir kerana memberi kerjasama dan sumbangan dari segi tenaga. Kepada yang tak berkesempatan untuk hadir insyaAllah pada tahun hadapan kita buat lagi.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...